Jom Follow

Rabu, 14 Mac 2012

Extra Kerja.Extra Masuk.Extra Simpan.

gambar ni aku snap jam 7 pagi tadi. taman bukit kinrara.
wow!
gelap lagi dah buka kedai. jam 4 dah bangun, buat persediaan.
jam 7 sudah mula berniaga, dah uli kuih.
ini baru hebat. luar biasa rajin.
extra tekun. extra kerja. extra masuk. extra simpan. extra senang.

cuti sekolah buka awal.
kalau sekolah, kena hantar budak sekolah dulu, baru mula berniaga.
kuih cakoi, donat dan roti goreng.

aku dah lama kenal.
adi panggilan orang.
sebelum jual kuih, berniaga barangan basah kat flat melur, taman bukit kinrara.
jual ikan, ayam, udang, ketam, sayur-sayur.....
dah lama berniaga. rezeki dari perniagaan sentiasa lebih dari makan gaji.
masa kerja, diri sendiri yang tentukan. nak masuk lebih, lebihkan masa kerja.
kerajinannya patut ditiru.


Akademi Taipan181.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable