Jom Follow

Khamis, 29 Mac 2012

Aku Jaga Amar...

Wow!
Pagi sampai tengahari tadi.
Aku dok kat hospital.
Jaga anak. Teman anak. Layan anak.
Maid balik rumah, kemas serta basuh pakaian.
Pagi-pagi lagi dah sampai.
Lepas tu, CDM Kartini dan maid hantar baby ke rumah CDM Shila.
Hari ini baby ke sekolah, tumpang CDM Zefry.
Dari situ, balik rumah dulu, hantar maid.
CDM Kartini gi semula ke hospital.
jaga anak. teman anak. Layan anak.
Sama-sama dengan aku.

Hari ini aku dan isteri yang jaga pagi tadi....
Nurse pun tak kenal lagi, sape mak bapa Si Amar.
Tadi ada nurse tanya CDM Kartini.
Jadi macamana dengan Amar?
kah!kah!kah!
Awal Amar bangu pagi ni. Sempat CDM Kartini malayan Amar, sebelum hantar Baby ke rumah CDM Shila.

Aku dengan Amar.
Apa lagi, baring-baring hingga tertidur.
Sejam lebih juga ketidurannya.
Apa yang syoknya, Amar juga lena sakan.
Senangkan jaga anak kalu lagu ni.
Dr Tin masuk pun sedar tak sedar.
CDM Kartini bersama Amar. Tunggu di panggil masuk berjumpa dengan Dr Raja.

CDM Kartini.
Gi lagi ke hospital. Ada appointment dengan Dr Raja.
Pemeriksaan terakhir kot, sebelum operate.
Hari ni juga inject ubat kuatkan paru-paru bayi(betulke).
Hari ini juga, dr raja dah fixkan tarikh bila nak operate.
Isnin 9/4/2012.
Amar bersama pakar fisioterapi. tepuk belakang. nak cairkan kahak. tak nangis pun Amar. Malah suka bila ditepuk. setiap kena buat. hari ini, petang pun kena. esok baru x-ray. Hari ini baru aku tengok sendiri. Sebelum ni maid aku je yang cerita. Aku tak boleh bayangkan macamana proses tersebut. Hari ini baru aku tahu. Bertuah juga jaga Amar pagi tadi. Dapat pemgalaman baru. Nak ambil gambar pun dia orang tak bagi...

hari ini juga aku bawa amar gi fisioterapi.
tepuk belakang, nak cairkan kahak.
nama saintifiknya aku tak berapa tahu.
aku tengok, amar kena tepuk belakang.
30 minit juga, petang ni satu kali lagi.
kahak tersebut akan keluar bersama najis nanti.
Lenanya Amar tidur. Lepas nurse masukan ubat.

Jam 2 aku pun balik.
wow! rehat.
seronok bukan.
kerja sendiri.
tak ada siapa nak arah.
tak ada siapa nak suruh.
tak ada siapa nak marah.
teman amar, aku habiskan novel.

kerja sendiri tu,
aku buat MLM.
dah 12 tahun.
dah 6 tahun buat secara full time.
tinggalkan kerjaya sebagai seorang pendidik.
Sempat juga, khatamkan novel ni....


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger