Jom Follow

Ahad, 25 Mac 2012

Kelas USJ Taipan 3.

Kelas oh kelas.
setiap ahad ada kelas.
terima kasih datang kelas.
nak datang kelas hari ahad memang susah.
perlukan tenaga luar biasa hebat, baru boleh sampai ke kelas.
nak rehat. nak sambung tidur. ada kenduri. ada itu, ada ini.

kelas oh kelas. nak berjaya aku datang kelas.
nak kaya, aku datang kelas.
nak senang, aku datang kelas.

kelas oh kelas.
bukan mudah nak datang kelas.
orang terpilih, baru boleh datang kelas.

Sembang dulu. Kelas belum mula. Share pengalaman. 2 hari amuk KL. Jumpa dengan bakal prospek. Follow up, yang dah share peluang. Mana tahu, kali 'yes'.

Tadi bertiga. Tak sampai 1 minit dah bertambah korum. Makin rancak. Makin seronok. Itulah buat MLM. Ramai kawan, yang punyai impian nak berjaya. Bukan sekadar impian, malah punyai perancangan untuk capai impian. Bukan dok cakap sajo.

Lagu keramat Akademi Taipan181. 'Pikirkan boleh'. Nyanyi dengan penuh penghayatan. Bisa bangkitkan semangat. Boleh timbulkan semangat 'aku boleh.'

Dah tak larat. Tunggu hari je lagi. Tapi jangan lupa, esok birthday CDM yang ke 39.

Go Go Go CDM.


CDM Haryati. Cukup-cukup bertenaga hari ini. Muka berseri-seri. Semangat menjadi-jadi, setelah kembali dari honeymoon kali ke 2, di Vietnam.

CDM Ayu. Slot kata-kata aluan. Meniaga nak tambah duit yang tak cukup. Meniaga nak bayar hutang belajar. Meniaga nak tambah simpanan. Simpanan masa tu tak sampai pun RM1K. Sekarang ni sat ditanya.

Giliran DDM Syukri, buat ice breaking. Anak muda. Masih panas. Masih bertenaga. Masih ligat. Sedang fokus pada meniaga. Fokus pada masa depan yang terang benderang.

Kongsi pengalaman di Vietnam....Sedih ada, manis ada. Itulah kehidupan.

CDM Kartini bersama penuntut kelas Akademi Taipan181, hari ini.

CDM Shahril, bersama rakan niaga dari Kuantan. Wow! hebat. Datang, kutip ilmu. Nak besarkan meniaga. Nak kaya lah katakan.

Korek-korek pengalaman di Vietnam. Next trip jangan terlepas. Fight betul-betul. Jangan cakap je fight. Tindakan macam tak nak gi.

Dok upload gambar Vietnam. Nak buat slide. Tayang masa next kelas.

Wow! Sebahagian yang hadir kelas hari ini. Bergaya dengan kipas. Tengah panas...

Bergaya dengan cap baru.Buah tangan ibu dari Vietnam.

Lepas kelas. Sebelum balik. Sembang-sembang dulu, sambil tunggu pasangan. Tunggu ambil barang. Tunggu rakan niaga. Anak-anak yang boring. Merengek-rengek nak balik.

Ole-ole dari Vietnam. Terima kasih CDM Jai dan CDM Yati.
CDM Jai.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable