Petang tadi. Kami ke Sungai Ramal. Makan Satay Willy. Sedap punya pasal, jauh pun sanggup pergi. Gi petang, orang belum ramai. Taklah lama sangat menanti. Tadi hanya 15 minit. Satay dah datang. Tapi sebelum satay datang, belasah dulu cendawang goreng dan 'kelantan fried Chicken'.
Aku bukan nak cite pasal makan satay. Masa makan tadi, terkesan juga dengan gelagat budak yang duduk kat meja sebelah kami. Menangis serta merengek2. Nak main kat permainan kanak-kanak. Maknya tak bagi kot. Kalau bagi mana menangis.(agak saja). Mereka tu datang berlima. Ayah, Mak dan 3 anak. 2 lagi, tak ada masalah. Relax je.
Baby siap makan. Malas nak tunggu kami makan. Minta nak main kat permainan kanak-kanak(maaf kamera x bawa, so foto x ada). Aku suruh Baby pergi sendiri. Aku bagi duit RM5. Aku dah pasti ada bayaran yang dikenakan. Berapa RM aku tak tahu. Aku agak-agak sekitar RM2-RM3 sahaja. Terkejut juga, bila diberitahu bayaran yang dikenakan RM5. Boleh keluar masuk. wow! kalau 3 anak nak masuk, dah kena RM15. Mahal ke tak? Mungkin ini yang Mak budak tadi tak bagi main. Bayarannya sikit mahal. Main pun bukan lama, sementara tunggu makanan sampai je. Paling lama pun 30 minit.
Bijaknya peniaga. Meniaga benda budak suka. Letak pun tempat orang ramai. Food court Sungai Ramai. Tempat tumpuan, terutamanya yang dah berkeluarga. Pikat budak-budak. Sementara makanan dapat, main dulu. Sambil makan pun main. Kalau ke sana lepas maghrib, lagi lama tunggu makanan, lagi syok budak-budak main. Kalau tak bagi main, budak-budak akan guna senjatanya. Mengamuk dan menangis. Lagi kuat menangis, bila lihat ramai geng-geng seronok main. Malas nak tengok muka, monyok, bagi juga main. Untungnya!!!
RM5. Patut ke tak patut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan