wow!
Jam 1.30 petang baru boleh masuk Petrosains.
Jadi pusing-pusing dululah kami anak beranak.
Aku pun masuklah kat Kinokuniya.
Dunia penuh keseronokan.
|
Kinokuniya sentiasa menggamit. Memanggil-manggil. Melambai-lambai. Melaung-laung. Mengetuk jiwa. Tak boleh tahan. Mesti masuk, walaupun sekejap. Resah gelisah kalau tak masuk. Rugi sangat-sangat rasanya kalau tak masuk. Rasa tenang, bila dikelilingi dengan buku-buku. Lebih-lebih lagi buku-buku terbaru. Sejuk mata memandang. Bila dah masuk, malas nak keluar. Bila masuk, lambat nak keluar. |
|
Hari ini bertuah. Dapat bergambar dengan Sasterawan Negara. Sebenarnya dah 2 kali terserempak dengan Dato' A Samad Said. Cuma kali ini dapat bergambar dengan beliau. Terima kasih Dato'. Pejuang yang belum berundur. Sasterawan yang masih berkarya. Masih ternanti-nanti buah tangan Dato'. Masih ternanti-nanti pukulan Dato'. Masih ternanti-nanti penengan Dato'. |
|
Alang-alang masuk. Rugi rasanya kalau tak beli. Nanti termenung sorang-sorang. Sesal melanda. Banyak yang bekenan. Dalam banyak yang bekenan, ini yang aku pilih untuk kali ini. Tajuknya ringkas. Nak tahu apa kisahnya. Nampak macam menarik. Dapat sikit motivasi pun dah kira ok. Mana tahu, mula langkah berani. Jogging. hihihihi. Macam tak percaya pulak. Tapi tak mustahil sekiranya aku mulakan kembali aktiviti aku tu. Mana tahu jadi lebih sihat, lebih ceria dan lebih kurus(wow!). |
Buat Hai-O, mampu beli buku sepuas-puasnya.
Selagi larat nak menelaahnya.
Ada ketikanya, tak baca terus, simpan dulu.
Bila perlu boleh baca.
Jom buat duit melalui perniagaan Hai-O,
dengan bimbingan Akademi Taipan181.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan