Jom Follow

Ahad, 18 Mac 2012

LCCT-Aiman Balik Kelantan.

Semalam.
Hantar Aiman balik Kelantan.
Hari ini dah mula sekolah.
Hantar ke LCCT.
Nak AirAsia.
Flight 3.45 petang, tapi delay ke 4.05 petang.
Itu biasa bagi AirAsia.
Nasib baik bertolak dari rumah awal.
Jam 12 kami dah keluar.
Jalan menuju LCCT, banyak 'giler' kereta.
Sampai LCCT, penuh 'giler'.
Nak parkir pun susah.
Parkir tepi sajalah, saman pun samanlah nak buat macamana.
Ada duit bayar. Kalau tak tunggu nak hidupkan road tak, baru bayar.

LCCT padat.
Terlalu ramai, nasib baik sampai awal.
Kalau tak, pasti kelam kabut punya.
Ketika beratur, nak drop bagasi.
Sempat tegur brader sebelah.
"nak ke mana?"
"hantar anak."
"belajar kat mana?"
"MSRM Langkawi."
"ooooh."
lepas drop bagasi, kami singgah McD.
Aiman, perutnya minta diisi segera.
Aku pun sama, dah kosong.

Parkir sini pun penuh.

wow!

Drop beg.

Penuh. Masing-masing menuju destinasi. Cuti sekolah dah sampai hujung. Kelantan, Kedah dan Terengganu hari ini dah sekolah.

Sebelum balik. Beli tiket untuk Aiman balik KL, 2 minggu lagi. Baru masuk bulan 3, dah 5 kali balik KL.
Hari ini.
Pasti lagi ramai.
Sape-sape nak gi LCCT.
Kena gerak awal, dari biasa.
Kalau tak bisa terlepas flight.

Kalau nak cari prospek pun boleh gi sana(x ada tempat nak gi)
Tebar jala, mana tahu mengena.
Senyum, sapa, sembang.
Mana tahu, bisa jadi rakan kongsi.
Itu kalau free la. Kalau dah ada demo,gi demo dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable