Solat jumaat bagi lelaki.
Masjid mana solat hari ini?
Ke tak solat....
Jangan gitu...
hi!hi!hi!hi!
Aku macam biasa.
Hajat tu nak solat kat Masjid Sri Petaling.
Tertidur punya pasal, lewat terjaga.
Solat kat Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara saja.
Bagus juga, dah lama rasanya aku tak bersujud di masjid ini.
Tersergam megah. Pandangan dari tempat aku parkir kereta. Pilih jauh, biar menapak lebih banyak. |
Melintas jalan menuju pintu masjid. Tengok kiri kanan dulu. Kat Malaysia line kuning pun laju semacam je. |
Motor senang boleh parkir dekat masjid. Tapi hujan... |
Jemaah sibuk ambil wuduk. |
Ini pulak sebelah kanan, juga tempat ambil wuduk. |
Aku terus ke tingkat atas. Banyak kosong. Sempat snap gambar ini. |
Ini juga dari atas. Jemaah tersangkut. Hujan lebat. Tak jangkan hujan. Sebelum solat, panas. |
Tunggu hujan berhenti. Ada yang redah hujan. Lewat masuk opis. |
Jumlah kutipan hari jumaat. Ribu-ribu tu.Senang nak buat aktiviti. |
Peluang buat duit. Jual makan tengahari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan