Jom Follow

Sabtu, 31 Mac 2012

Berapa PV Meniaga Bulan MAC 2012?

 Berakhir sudah bulan Mac 2012. Dah closing semua sales. Jangan simpan sales. Puas hati atau tidak dah tak boleh buat apa. Terima sajalah dengan berlapang dada. Setelah berhempas pulas, itu sajalah yang mampu dipunchkan. Bersyukur, bulan April 2012, kita pulun lagi. Jadikan kekurangan lepas, sebagai pengajaran berguna. Kita perbaiki prestasi, dan tingkatkan gerak kerja. Tingkatkan iltizam. Tingkatkan semangat juang. Buang sikap cepat puas hati. Baru submit loan, dah seronok sakan. Dah selesa sesangat. Padahal, apa-apa pun boleh berlaku. Loan tak lepas. Loan lepas sikit. Loan lepas, prospek tak jadi masuk.

Hai-O, tak kira berapa ramai kita jumpa prospek. Hai-O, tak kira berapa ramai datang kelas. Hai-O, tak kira berapa banyak kita submit loan. Hai-O, tak kira berapa jam kita buat kerja sehari. Hai-O, tak kira berapa kerap anda jumpa mentor. Hai-O, tak kira berapa dentam-dentum kita bagi motivasi. Hai-O, tak kira berapa tingginya kita punya motivasi bulan tersebut. Hai-O, tak kira berapa hebatnya kita jadi emcee. Hai-O, tak kira berapa hebat, kita bagi ice breaking. Hai-O, tak kira berapa ramai prospek yang kita bawa datang kelas. Hai-O, tak kira berapa ramai kita bawa rakan niaga melancong. Hai-O tak kira pujian-pujian yang rakan niaga bagi kepada anda. TAPI HAI-O, TENGOK BERAPA SALE YANG KITA PUNCH PADA BULAN TU. Itu satu-satunya perkiraan Hai-O. Bonus kita dibayar ikut, berapa BV yang kita punch. Bukan tak penting apa yang saya kata kat atas tu. Tapi jangan selesa dengan itu. Kalau sales yang kita punch kecik. Income pun kecik.

Ada yang simpan sales, sampai hujung bulan. Seronok tengok pakej yang ada. Padahal kalau setiap kali prospek dah bagi duit terus punch sales. Baru kita tak rasa banyak pakej yang menanti. Punch dan kita lupakan sales tersebut. Seolah-olah belum punyai sales lagi. Baru kita lagi rajin bekerja. Baru kita lagi tekun jumpa prospek.




Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable