Jom Follow

Selasa, 20 Mac 2012

Menu Kelate di KL...

wow!
saja nak usik.
saja nak provok.
saja nak bakar.
pagi-pagi tunjuk menu.
menu breakfast atau lunch.
menu orang kelate.
menu orang kampung.
menu orang kerja bendang.
menu orang kerja menoreh.
menu orang kerja guna 'reng.'
pagi-pagi sempat masak.
kerja sendiri, boleh atur jadual sendiri.
appointment pun lewat sikit la.
lepas orang masuk opis.
jalan tak jem, wow!
lancar pergerakannya.

ini pun dok tunggu.
nak gi KLIA.
hantar sahabat akademi taipan181,
fly ke vietnam, bercuti sambil shoping.
balik shopping, kerja lebih kuat, simpan duit.

Ikan rebus.

Ikan 'ayo'(tongkol) singgam.

Pucuk 'beko' celur.

Budu bubuh ikan rebus, cicoh pucuk beko serta buah kerdas. ppalut molek.

Nasi. guna beras faizah herbaponi...

Keno pulok teh cino. minum tengoh panas. wow!

Buah kerdas. Tengah musim. Kalu buleh setiap kali makan nasi keno ada.

Sedia terhidang. Jom makan.

Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable