Jalan-jalan bersama Aiman dan Abe Chik.
Jengok-jengok Pameran Proton Holding.
Pengunjung tak ramai sangat.
Nak parkir pun tak susah sangat.
Dalam tak susah, kena jauh juga.
Macam-macam ada.
Nak tahu, apa yang ada.
Sila gi sendiri, anda pasti teruja.
Ini salah satu kaedah proton,
dekatkan diri dengan pengguna.
pengguna rasa dihargai.
kat sini juga pengguna boleh luahkan,
apa yang mereka tak puas hati dengan prestasi kereta proton.
Cuaca hari ni mendung.
Selesa tengok pameran.
Kemudahan ok.
Toilet ada, gerai makanan ada,
gerai air minuman dan ais cream pun banyak.
Dijangakan hujung minggu lagi ramai.
Anak-anak patut dibawa ke sini.
Mana tahu, tersuntik semangatnya bila lihat pameran.
Termotivasi menjadi pelumba kereta.
Termotivasi menjadi jurutera kereta.
Termotivasi menjadi salesmen terhebat.
Model-model kereta untuk dijual. |
Bank-bank pun ada kat sini. Boleh terus urus loan. Selain Publik Bank. Maybank dan CIMB turut buka booth kat pameran proton holding. |
Lotus. |
Akademi Taipan181.
Bersedia membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan