Jom Follow

Isnin, 19 Mac 2012

Lakso Kelate.

Ahad.
18/3/2012.
Airport Subang.
Jam 7.10 petang.
Tunggu CDM Kartini.
Balik dari KB.
Pagi fly ke KB.
Ada urusan penting.
Antara hidup atau mati(hi!hi!hi!)
Urusan siap awal, tapi tiket habis.
Terpaksa pusing-pusing KB dululah.
Ada Firefly jam 6.30 petang sahaja.
Itu pun tiket cekik darah punya.
Sabtu petang baru tahu, ada urusan kat KB.

wow! parkirnya banyak. tak berebut-rebut.

Balai ketibaan lapangan tebang subang.

Tak tahu nak gi mana. Lepak sini dulu. Makan-makan serta menelaah buku sekejap.

Lewat tiba. Cari surau. Solat. Tunai tanggungjawab sebagai hambanya.

Suraunya kecil. Muat 11 orang sahaja sekali solat. Tak boleh buat besar sikit ke. Lama menunggu. Lebih-lebih lagi,kalau imam yang tak prihatin pada orang yang menunggu nak solat. panjang doanya.
Dah siap awal.
Apa lagi nak buat.
Ronda-ronda Bandaraya Islam KB.
Singgah Pasar Besar Siti Khadijah.
Tengok-tengok, jengok-jengok, pilih-pilih apa yang patut bawa balik KL.
Tak tahu nak pilih apa, akhir sekali beli laksa.
Buah tangan biasa keluarga kami dari Kelantan.
Sekarang ni, laksa dijual bersama kuah serta ulam sekali.
Sampai rumah terus boleh melantak.
Tak payah tunggu nak masak kuah.
Kualitinya sedap dan sampai rumah jam 9 malam pun masih ok lagi.
Makin pantas. Makin cepat.

Sedia untuk dihidang. aku jenis suko makan lakso. semalam menamboh sakan.

Kuah laksa Kelantan

Sambal. Tak berapa boleh gi. lain kali kena buat sambal sendiri. baru nyakut.

ulam-ulam. tak potong doh lo ni. tiru laksa siam. ulam makan ggitu sajo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger