Jom Follow

Selasa, 6 Mac 2012

Dah 365 Hari!!!

Khaleed Amar Bin Kamarudin.
Hari ini 6/3/12 dah setahun umur mu.
Rasa sekejap sahaja. Dah 365 hari rupa-rupanya.

Baru bertatih, 2,3 langkah jatuh.
Bangun bertatih lagi, 2,3 langkah jatuh lagi.
Bertatih lagi tak jemu-jemu, mungkin seminggu lagi ok la tu.
Setiap pagi, ke kedai makan roti canai bersama maid.
Petang-petang pulak ke taman depan rumah.
Tak boleh leka, naik tangga ke lantai atas.





Pencetus semangat.
Berniaga lebih tekun dan sabar.
Kumpul duit, untuk pendidikan.
Kos pendidikan semakin meningkat.
Tadika yang baik, kosnya lebih RM250 sebulan.
Sekolah rendah swasta, yurannya RM6K lebih setahun.
Itu 1,2,3 sahaja. 4,5,6 lagi mahal yuran tahunannya.
Sekolah menengah swasta, terkejut aku dengar, cecah RM15K setahun.
Target mesti tinggi, baru kerja lebih bersemangat. Kerja luar biasa hebat.
Kalau awal-awal dah target biasa-biasa, kita kerja pun biasa-biasa.Cepat puas hati.
Tak sepenuhnya keluar 'singa dalam tubuh'.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable