Jom Follow

Rabu, 28 Mac 2012

Tertunai Sudah; Pameran Keunikan Bonsai.

Pameran  Keunikan Bonsai.
15 MAC HINGGA 15 APRIL 2012.
MUZIUM ALAM SEMULA JADI.
JALAN Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.

Aku ke sana pagi tadi.
Minggu lepas, tak jumpa.
Tadi, senang je jumpa.
Tepi jalan je.

Saja-saja tengok.
Macam-macam bentuk ada.
Macam-macam pokok ada.
Pokok dah cecah 40 tahun ada.
Nak bentukkan pokok-pokok perlukan kesabaran.
Perlu kreatif. Perlu ilmu. Perlu kemahiran. 
Paling penting minat.

Habis kau pi tu, kau minat tak?
Minat tu ada la sikit-sikit.
Sekadar menikmati keunikan bonsai.
Sekadar menghargai hasil seni bonsai.
Sekadar tambah pengalaman/ilmu pasal bonsai.

Muzium Alam Semula Jadi. Tempat berlangsungnya pameran 'keunikan bonsai'.

Wow! Berminat dengan bonsai. Jangan lepaskan peluang.

Sebelum entrance dah ada beberapa bonsai. 



Penjual Bonsai pun ada.
Nak beli pun boleh.
Harganya terjangkau.
Paling penting minat.


Sempat sembang dengan tokey bonsai seremban.

Pokok belum dibentuk.

Pameran keunikan bonsai ditingkat atas.
Lama juga aku dok kat situ.
Menghayati keindahan bonsai(hi!hi!hi!).
Sayangnya tak ada seseorang yang boleh aku tanya.
Kalau boleh pastikan ada juga seseorang yang mahir, membantu orang-orang seperti aku ini.
Aku sekadar tengok dan 'pukul' gambar sahajalah. 
Tak dapat penerangan lebih lanjut, sesuatu bonsai tersebut.
Mungkin kena pi hari cuti atau hujung minggu.
 



Selain pameran ada juga pertandingan bonsai.
kursus asas bonsai.
lelongan bonsai.

Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable