Jom Follow

Sabtu, 10 Mac 2012

Tahlil Malam ke 40 Di Kelantan.

Tahlil arwah Chek.
Aku sampai orang dah buat persediaan.
Anak beranak serta beberapa jiran tetangga.
Kakak2, mak sedara, sepupu sepapat.
Maaflah gambar-gambarnya kurang berkualiti.

Abang-abang aku, kata nak balik.
Tapi tak nampak batang hidung.
Sibuk dengan kerja masing-masing.
Kerja yang tak boleh ditinggalkan.
Tak kisah, asalkan aku dah balik.
Ngatik malam jumaat, aku tak pernah balik.
Sepatutnya malam 40, hari ahad.
Tapi dipercepatkan, sempena malam jumaat.

Rasa lain je, balik kampung setelah Chek meninggal.
Tak dengar lagi suaranya.

Sejak menceburi perniagaan MLM Hai-O,
sempat juga hantarnya mengerjakan Umrah( Hj dah gi awal).



Dok ppakat buat kijo. Banyak tangan lagi cepat siap. Lagi cepat boleh makan. Hok pakai baju putih tu, Mok sdara, kakak chek.

Buah timun cino pun ada.

Batang keladi. Buat sambal batang keladi. wow!

Dok ssian daging dan ayam. Tolong menolong dikalangan orang kampung masih kuat. Biasanya upah orang tolong, sehelai tuala pun dah ok.
Tahlil...

Dok tengah tu, Tok ngulu Abe Cik Hussein, mengetuai tahlil.

Antara yang datang mengatik.

Menjamu selera selepas tahlil. Nasi putih, gulai daging, ayam masak merah, sambal batang keladi. Makan pun, makan berhidang.

Extra untuk orang mengaji. Kain palekat, pulut, dan sedikit duit. Bacaan al-quran bermula lepas makan. Orang lain dah balik. Ambil masa lebih kurang 1 jam setengah baru habis. Orang yang dipilih pun, memang dah biasa dengan bacaan al-quran 'make 40'.



Akademi Taipan181.

1 ulasan:

  1. sdp nyo hidangan makan 40 tu..rugi tk blk br ni..ramai org kg hok kito knl tu dlm gmbr hok alik atas.

    BalasPadam

Sociable