Jom Follow

Ahad, 25 Mac 2012

MR. Kebab & Biryani.

Sesi makan lagi.
Tambah boyot yang sememang dah boyot.
Destinasi pilihan Precint 15, Putrajaya.
No.42,44,46 Jalan Diplomatik 3.1.
Precint 15, Putrajaya.

Dah tak jumpa pameran 'keunikan bonsai'.
Terus cari tempat sesuai tambah lemak.
Awal tambah lemak, harap-harap malam tak tambah-tambah lemak lagi.
Kalau tambah lemak juga, dah kes berat...


MR. KABAB & BIRYANI. Tahukan kat mana. Tak susah nak cari. Gi P15, pasti jumpa. Dulu 2 pimtu. Kini dah 4 pintu. Semakin maju. Semakin untung. Semakin kaya. Bosnya Pakistan mari. Kumpul kekayaan di bumi bertuah Malaysia.
Jiran dekatnya. Seberang jalan je. Simpang 3 lagi.
Belakangnya Nasi Ayam Gemas. Popular sangat ke nasi ayam gemas? Mana sedap dengan Nasi Ayam Nurul Kuala Terengganu.
Selesa. Tak ramai sangat. Mungkin lepas maghrib baru diserbu.

Serius menunggu. Bila la nak sampai?
Lamb Mendy Rice. Pilihan aku, setiap kali ke restoran arab. Kat sini, kuantitinya tak banyak sangat. Sesuai dengan harga. Hanya RM15 sahaja. Kalau Restoran Saba, Cyberjaya mau RM30 lebih.

Tenderloin beef steak. wow! dagingnya sedap.

Kuah dal. Tak cicah pun. Tak sedap sangat. Itu aku punya tembolok. Bagi orang lain, aku tak tahu.

Kari ayam. Cicah Roti Nan. Boleh cuba. Pasti nak lagi. Lain dari yang lain. Sedap.

Cheese + Garlic Naan. Pilihan CDM Kartini. Ingat tau, esok birthdaynya.

Pelengkap nasi mendy lamb.

Roti Nan Butter. Tak boleh lawan Roti Nan Hj Tapah.

Licin lemu.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger