Jom Follow

Sabtu, 24 Mac 2012

Bertemu Zunar.

Sabtu.
24/3/2012.
Amcorp Mall.
Jam 10.45 pagi.
Aku dan Isteri, CDM Kartini.
Buka minda, tengok barang-barang lama sekitar situ.
Sempat juga kunjungi Kartunis Zunar dan geng-gengnya.
Buat jualan buku kartun, baju, pen dan beberapa barang lagi.
Borong buku. Puas hati dapat memiliki buku-bukunya.
Kat kedai memang tak jual.
Zunar. Karyanya semakin memukau sejak akhir-akhir.Sehinggakan telah menimbulkan perasaan kurang senang pihak pemerintah.

Alang-alang jumpa. Ambil gambar. Buat kenangan. Biasa dok baca/tengok kat fb dan blog saja. Kali ini jumpa empunya badan sendiri.
Tambah koleksi. Lawak 'giler'
Tambah koleksi. Kelakar habis.
Tambah koleksi. Baca hilangkan stress.
Tambah koleksi. Idea memang hebat.

Baju. Sebagai kenangan sepanjang zaman.
Gerai Kartunis Zunar akan buka sehingga esok.
Kat sana boleh dapatkan buku-bukunya, termasuk buku yang terkini.
Tadi aku tak sempat beli, belum sampai lagi. Dah sejam tunggu, last sekali balik tanpa buku terbaru.
Beli buku dan dapat tandatangan oleh Kartunis Zunar.

Jom la pi.
Esok ada lagi.
Freekan masa anda.
Dapat jumpa bakal-bakal prospek.
oooo! esok ada kelas.
Mana boleh tinggal kelas.
Lepas kelas la pi sana.




Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable