Jom Follow

Selasa, 27 Mac 2012

Birthday CDM Kartini; Kesian Amar.

Dari Klinik Pakar Kanak-Kanak Ting.
Amar ke Hospital Colombia Asia.
Sebelum hantar ke sana, melencong balik rumah dulu.
Ambil barang-barang penting untuk amar dan maid serta baby.

Register je, dah tanya.
Bayar sendiri atau takaful.
Takaful, pihak hospital uruskan.
Ada jawapan ok,baru boleh masuk.
Selagi belum ada jawapan ok, tunggulah kat kaunter admission tu.
Nak masuk pun kena bayar RM300 juga.
kena kaya atau kena ada insuran @takaful.
baru dapat rawatan kesihatan terbaik.

Hampir 60 minit juga. Baru selesai urusan.
Makan dulu. nanti lapar pulak. nasib baik ada bubur nasi. boleh tahan juga si amar makan bubur nasi. aku juga melantak kat kantin colombia asia. makanannya memang puas hati. sedap serta menyelerakan. kau tu, asalkan boleh masuk perut, semuanya sedap. kahkahkah.

Kenapa nangis Amar. Nak balik rumah? Nak mama. Bilik seorang belum ada. Terpaksa duduk dulu kat bilik ISO dulu. Esok baru ada bilik kosong. bila dah dapat bilik seorang, lega sikit. luas dan boleh rehat dengan selesa. Baby nak tidur sana pun tak ada masalah.
Agen kami yang prihatin. Tengahari admit, jam 5 petang dah sampai. Baik punya servis. Mak Usu bersama Pak Usu.
Dah kali ke2.
Kali ini mungkin kena tahan selama 5 hari juga.
Jenuh juga ulang alik rumah hospital. nasib baik dekat.
kerja sendiri, tak payah minta cuti. boleh jaga, berapa hari pun tak apa.



Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable