Jom Follow

Khamis, 1 Mac 2012

Fokus!!!

Sempat mengajar Bb. Esok ada ujian. Kalau tak buat begini, alamak tak belajar. Nasib baik, malam ni,tak ada appointment. Lagi pun tengah tunggu hari. Dah tak ambil banyak appointment, terutamanya belah malam. Siang tu boleh lagi. Tak ada appointment langsung mana boleh. Kena ada juga. Buat selagi terdaya. Lagi pun bakal prospek ramai ternanti-nanti. Senarai nama, masih ramai yang belum call. Tengah tambah senarai nama. Lepas pantang nanti boleh pulun. Kalau tak ada senarai nama, nak pulun macam mana. Nak jumpa sape. Nak share dengan sape. Jadi sebelum pulun tu, kena tambah senarai nama dulu. hi!hi!hi! Pesan CDM Ah Hock tadi, fokus pada pakej. Pakej dah tak ada saingan lagi. Dah tak ramai yang dok main pakej. Cuma bila main pakej. Jangan banyak janji. Janji tolong jual barang. Janji tolong cucuk orang. Janji mesti balik modal. Janji-janji tu akan makan diri. Kena terang sejelas-jelasnya, ilmu MLM. Jangan tipu-tipu. Kalau tipu-tipu, meniaga tak akan lama. Senang sekejap saja. Kalau berniaga secara jujur, kita boleh bertahan lebih lama. Kita senang lama-lama. Lagi pun orang tak marahkan kita kalau mereka lambat jadi.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger