Jangan takut dengan cakap-cakap orang. jangan kisah dengan sindiran orang. kita kerja gile-gile sekarang kerana kita dah ada target yang jelas. dalam 10 tahun dari sekarang kita dah nak pencen. kerja masa tu pun hanyalah sebagai keseronokan sahaja. Masa itu hobi kita adalah sumber pendapatan kita. kalau hobi memancing, kita boleh beli bot dan kaki pancing boleh sewa. kalau minat menulis, masa itu kita boleh tulis buku-buku. kalau minat baca buku, mungkin boleh buka kedai sewa buku. banyak lagi yang kita boleh buat.
masa tu kita dah ada pasif income cukup untuk menampung kehidupan kita selamanya. kita dah ada beberapa rumah kedai, berberapa rumah sewa, beribu-ribu dalam saham amanah, dah ada ratusan ribu dalam tabung haji, berpuluh ekar tanah kebun. semua itu akan memberikan jaminan kewangan yang stabil pada kita masa itu. kerja keras sekarang ini, nak hidup bermalas-malasan di kemudian hari.
masa itu pendapatan pasif income cecah RM 30K sebulan. dah cukup nak hidup. dah mewah pun. masa itulah banyak masa boleh guna untuk buat kebajikan, mengajar free mana-mana madrasah, jadi sukarelawan dan sebagainya. mungkin boleh tinggal di pondok-pondok. membuat persiapan untuk akhirat.
meniaga ini ada peluang ke arah itu. buat sungguh-sungguh. tetapkan matlamat betul-betul. buat perancangan rapi. dapat income mesti menyimpan dulu baru guna. jangan pakai dulu, lebih baru nak simpan. income banyak pun kalau kita tak menyimpan pun tak guna juga. kekayaan kita sebenarnyansebanyak mana kita menyimpan. jangan terperangkap dengan nafsu. semua nak, beli.
kami ada pengalaman. tahun ini kami akan ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. baru 2 hari lepas kami gi daftar. dan tak ada masalah nak ke sana. pakej RMXX masih ada kekosongan lagi.doakan kami agar terpilih untuk kesana. kalau ikut muassasah kami boleh ke sana tahun 2025 nanti. syukurlah dengan kerja kami sebelum ini, dapat menyimpan dan boleh ke sana dalam usia muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan