Jom Follow

Ahad, 8 Ogos 2010

aku vs mat din2


aku yang sering lupa dan alpa. dah lupa janji nak baca al-quran setiap hari. dah 3 hari kamu tak baca. bukan sibuknya. kamu tu memang malas. kamu tu memang dah banyak dosa. tdah banyak dosa taubat pun belum . lebih baik kamu beristifar sekarang. Nabi pun beristifar sebanyak 70 kali setiap hari. kamu tu mat din siapa. sepatutnya lebih lagi. teruknya kamu. dan memang teruk. sampai 3 hari kamu tak baca. habis apa yang kamu dok baca. sibuk mana pun jangan lupa ambil masa baca al-quran tu. dah 3 juzuk lagi nak khatam. kamu kena baca. sebelum puasa kamu mesti habis. mesti habis. tak boleh lagi dok kalau-kalau. mesti. benda lain kamu boleh buat. benda lain kamu persiapkan masa untuk melakukannya. 
kamu tu baru 1 kali khatam tahun ini. baca lagi. sikit lagi khatam lagi dan dalam puasa nanti 1 kali lagi. jangan persiakan masa kamu dengan buat hal-hal tak membawa kamu menuju Allah. bacalah. tak rugi sedikit pun. pagi-pagi bacalah. pagi tadi kamu dok wat apa, tak ambil al-quran, baca 4,5 muka surat. buat apa. tidur. masyaalah. lepas subuh tu kamu tidur lagi. rugi.rugi. semalamkan kamu tidur awal. sepatutnya pagi kamu dah segar dan dah boleh baca seperti selalu. kamu lupa. kamu lupa.
kenapa? malas, senang cite. tak payah cakap banyak. nasib masa kamu balik kampung itu, kamu baca juga sikit. tapi jumaat tak baca, sabtu tak baca dan ahad ni masih tak baca lagi. jangan masa begitu pantas berlalu. satu huruh tu Allah bagi 10 kebajikan. banyak tu mat din. hal-hal dunia kamu boleh nilai dan boleh gila buat. ini janji Allah untuk sesiapa yang baca ayat-ayat Allah. baca mat din. tak nak baca pandang pun dah dapat pahala. baca mat din. sekarang kamu mungkin tak berapa nampak manfaat tapi selepas kemtian kamu, baru kamu nampak. saja kamu tak lihat je tu. rezeki kamu dapat tu bukan Allah bagi.  mat din setiap bulan hampir 6 angka pendapatan kamu. ambillah masa untuk baca al-quran. belum lagi Allah bagi lagi banyak. kamu dah lupa. dah malas baca al-quran. baca mat din. hari ini kamu mesti baca. bila kamu dah tak rasa apa-apa kalau kamu tak baca. susah nanti kamu.
bukan banyak masa pun mat din. 30 minit pun dah cukup. tapi kamu tu malas. iman kamu dah lemah. sebab tu kamu malas nak baca al-quran. baca mat din. tak ada siapa yang akan baca untuk kamu. baca sendiri. baca sendiri. kamu bukan tak leh baca. malas dan buat-buat sibuk. tak banyak lagi. aku rasa kau dah tamat juzuk 27. hanya 3 juzuk lagi. khatam sebelum puasa. buat dan baca. jangan dok nak baca. buatnya tidak.
baca dan jangan berhenti baca kecuali kamu mati mat din. Allah bagi kamu boleh baca dengan lancar tapi tak berguna kalau tak baca. 3 juzuk lagi. rugi kalau kamu habiskan dalam ramadhan. kena habiskan. sekurang-kurangnya malam ini 1 juzuk, esok 2 juzuk. dah habis. kamu cakap senang. kenapa tak buat. bukan malam ini. sekarang ni kamu mesti baca tau. malam ni lagi dan esok pagi dah khatam. sekarang ni mat din, lebih baik kamu baca. baca,baca dan baca setiap hari.
suruh orang meniaga rajin, tekunn dan sabar. ini masa kamu buktikan pada Allah. kamu boleh buat. kamu istiqamah baca al-qoran walaupun sikit setiap hari. mana ada. cakap je besar. masa banyak dok tidur. masa banyak dok rehat. mati dah dekat. kamu tu sakit macam-macam. masa inilah sepatutnya kamu baca sebanyak-banyaknya. kerja macam kamu ni mat din sepatutnya sebulan sekali mesti khatam. masa banyak. keluar meniaga pun buka seperti dulu lagi. masa kamu tu perhabiskan ke lain. kamu tu nak mati mat din. jangan dok lupa lagi baca al-quran.
baca dan berterusan baca. rumah kamu tu mesti dihiasai dengan bacaan kitab suci. baca setiap hari.  aku tahu kamu dah janji pada kertas impian kamu tu. nak baca 1 juzuk sehari. mana pegi. impian kamu tu. tak payah berlagak. dah 3 hari kamu tak baca. buat malu je. syaitan dok bersorak pada kamu tu. ayuh bangkit. ambil wudud dan baca al-quran. aku tahu kamu boleh baca dengan baik, tapi tak berguna kalau tak baca. tak payah dok berimpianlah mat din nak baca sehari 1 juzuk. baca dulu hari ini, lepas tu kita kira esok pulak. bukan mudah nak buat. kalau kamu boleh bertahan sepanjang hayat. aku tak tahu nak kata apa kat kamu. tapi sebagai langkah permulaan, baca dulu petang ini dan sambung lepas maghrib. baca dan baca.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger