Jom Follow

Isnin, 16 Ogos 2010

Prospek5


Bersama dengan cdm ah hock. cdm otai yang telah bersama hai-o sejak mula lagi. masih lagi meniaga malah semangatnya tak pernah luntur. turun naik adalah perkara biasa. naik hapy, turun sikit tak berhenti. cari strategi terkini.

tak berapa sihat. selsema dah 2 hari. otak tak pernah rehat walaupun demam. kena sentiasa bekerja. bulan ini meniaga semakin menjadi-jadi. bertuahlah barang siapa yang ambil peluang terhebat ini. meniaga ini mesti jumpa prospek. tak boleh tidak. ada sesetengah orang, jumpa prospek masa awal-awal meniaga je. lepas tu tak buat lagi. ini silap, jumpa prospek selagi kita mahu berniaga. kalau dah tak nak meniaga bolehlah kita henti jumpa prospek.

Dsm Kunaini; kreatif mencari stranger. ada yang boleh tiru darinya. CDM Siti Rahmah pun sentiasa tambah senarai nama. meniaganya tak akan habis. senyum, sapa dan salam. amalkan ini, kita lebih mudah dapat stranger.

orang baru, prospek tak ada masalah. keluarga terdekat, kawan-kawan dan ramai lagi. tak payah lah dulu dok bagi flyers. habiskan dulu senarai nama yang ada.  dah habis baru guna flyers nak cari prospek. beranikan diri call buat appt dengan prospek. susah-susah sangat, tengok dalam hp kita. dah berapa ramai kawan yang ada. buat appt je dengan mereka.
semalam saya sempat sembang dengan dsm Kunaini. biasanya dia akan lepak di lobby hotel bila tak ada appt. kat situ ramai orang keluar masuk. kerjanya tegur orang je. mana yang boleh sembang, dia sembang. lepas itu jadikan prospek. mungkin kita boleh tiru macam dia. cari hotel dimana kerajaan selalu buat kursus. pandai-pandailah cari prospek kat situ.
selain itu juga, dia cari prospek dibank-bank, terutamanya masa gaji. senyum, sapa dan salam. dia dapat beberapa prospek stranger dari situ. ada yang bagi cash terus.
ini cara dia. kalau ada cara lain boleh guna, kita pakat-pakat guna, yang penting meniaga kita boleh jalan, kembang dan terus naik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger