hari-hari terakhir bulan ogos. bagaimana meniaga bulan ini. ada bagus? atau biasa-biasa atau turun lagi. kami pasti ada yang naik, ada yang turun dan ada yang statik. ada yang tersenyum dan ada yang termenung. ada yang ghairah meniaga dan ada yang parah.
apa-apa yang berlaku, kitalah penyebabnya. meniaga turun, kita kurang buat kerja. meniaga statik pun kita kurang buat kerja. senang cakap tak cukup buat kerja. ada yang jadikan puasa sebagai alasan. cara terbaik nak atasinya, kena jumpa lebih ramai prospek berbanding dengan bulan-bulan lepas. sama-sama kerja kuat dengan rakan kongsi. bukan mereka je yang berhempas pulas buat kerja. kita kena tunjukan contoh pada mereka, baru mereka tiru. kalau kita kurang kerja, mereka pun akan kurang kerja. tak ramai yang terus kerja, semasa upline dok mengesot.
ada yang bungkus habis meniaganya. nak meniaga bazar ramadhan. terpulanglah. ini hidup mati mereka. kita tak boleh halang. apa yang kita boleh buat, meniaga terus jalan. kena jumpa lebih ramai lagi. tak akan berhenti. ada leader yang salesnya hampir tiada. ikut pengalaman kami, bila terhenti langsung meniaga, nak mula balik bukan kerja mudah. kena mula balik. jangan terkejut bila susah nak closing. kena ambil masa semula nak laju,ramai yang terus berhenti bila susah. lebih baik jangan berehat terus, meniaga bazar ramadhan pun,pergi juga ke kelas-kelas.
itu tak apa lagi, ada yang terus beralih arah. dah taubat tak nak buat AT lagi. dah ada pokok baru. lagi indah dan nyaman katanya. teduhannya lebih luas. AT dah tak bagus. rantingnya dah mereput serta berbagai-bagai lagi alasan membenarkan tindakan mereka. ini pun kita tak boleh halang. hak mereka. marah pun tak ada guna. apa yang boleh kita buat. sponsor orang baru lagi ramai. buktikan kita tetap bernafas walaupun mereka melantun keluar.
dulu kalau toreh tangan pun keluar darah AT. AT adalah terbaik. AT tak pernah jumpa. AT terhebat. AT terbagus. akan buat dan akan bersama AT selama-selamanya. tak akan pergi lagi. sekejap je. kurang duit sikit, terus buat lain. cakap berdentum-dentum pun bukan boleh percaya. mungkin kat tempat lain itu juga yang selalu dia cakap. puji melangit pada syarikat yang mereka berteduh. lepas tu puji pulak syarikat lain. lepas syarikat lain, lepas tu syarikat lain lagi. berpuluh malah beratus syarikat terbagus bagi mereka, dok melompat ke kerjanya. tak nak bertahan dan fokus pada yang 1.
ada juga yang dah buat strategi baru. AT punya dah lapuk, dah tak leh pakai. tak mampu tampung hidup lagi. ini lagi bagus. lagi cepat merebak. boleh lonjak meniaga dan income. train ini dah mula kumpul penumpang, sikit masa lagi akan bergerak. selebihnya tetap bersama train AT. juga sedang bergerak dan sambil-sambil ambil penumpang. pilihan ditangan anda. tak ada yang boleh memaksa anda buat keputusan. buatlah yang terbaik demi diri dan keluarga anda.
suasana meniaga sedang dibina dalam AT. bermacam-macam cara yang kita buat. nampak berkesan. terkedepan dari group dan syarikat lain. tahniah buat leader AT kerana sentiasa cari jalan untuk cipta suasana hangat. apa yang AT mintak sekarang ni semua leader bersama-sama dengan AT. kerja ini, kena semua terlibat baru cepat jadi. AT tetap bergabung dengan siapa yang mahu dan yang malu-malu kita tak leh buat apa lagi. meniaga mesti terus jalan dengan cepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan