ada sesetengah kes, berhenti kerja bukan tarikan meniaga, tapi tolakan ditempat kerja, memang dah malas nak kerja pun dah lama nak berhenti tapi tak ada sebab yang kuat. ada juga memang dah bermasalah ditempat kerja pun. bila ada AT ada alasan berhenti kerana nak buat meniaga. tapi ketahanan tak ada dan tak fokus pada kerja. apa yang dia fokus pada keseronokan hasil dari meniaga. sepatutnya buat,buat,buat dan buat. tak pikir lain dah. pikir buat,buat dan buat sahaja. hasil meniaga tak semudah yang kita sangka. nak berjaya kena tekun dan sabar. nak kekalkan meniaga dalam jangka masa yang lama lagi susah. apa yang terjadi, berjaya cepat dan tak boleh kekalkan momentum kerja. berjaya dan berkubur jua akhirnya. nak kekal berjaya mesti ada mentor yang benar-benar ada ilmu dan kebolehan dalam menyelesai masalah. masalah datang dan mesti selesai. tak boleh biarkan. lama-lama meniaga boleh mati.
meniaga setakat nak jadi cdm tak berapa susah. nak kekalkan kerja/momentum selepas jadi cdm susah. sepatutnya cdm hanya pangkat je, tapi kena kerja seperti dulu-dulu jugak. baru meniaga boleh tahan dan meningkat. jangan pulak lepas cdm momentum dah berkurang. dah banyak harap dline yang buat kerja. meniaga kita dah mati sebenarnya bila kita dah kata meniaga kita dah mantap.
ada juga bila dah cdm, dah ketepikan upline leader.dah nak buat hal sendiri. dah tahu semua padahal meniaga sebenarnya baru bermula bila jadi cdm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan