Jom Follow

Jumaat, 13 Ogos 2010

Menaja.

kerja paling utama. aktiviti paling utama dalam meniaga ini ialah jumpa dengan prospek. menaja. sponsor orang baru. bila kurang menaja, meniaga kita pun kurang.

penyakit mlm pulak, bila lama buat, dah kurang menaja. banyak kerja servis dan bimbing. dok harapkan orang baru je menaja. ini silap besar. kalau nak meniaga sentiasa besar dan kembang, kita mesti menaja seperti awal-awal masuk dulu. hai-o ni cepat naik dan income pun cepat besar. masuk 3,4 bulan dah dapat income besar, tapi tak stabil lagi. naik turunnya besar. masa inilah kita dapat menaja sampai 10 orang sebulan, masuk bulan ke5 dah merosot. hanya 4,5 orang sebulan. selepas tu semakin kurang, kita pun dok harap rakan kongsi yang buat penajaan. kalau ada pun kita tolong buat closing untuk rakan kongsi je. untuk diri sendiri dah semakin kurang.

cuba bayangkan kalau kita meniaga setahun. hanya 3,4 bulan pertama je kita menaja 10 orang dan selebihnya hanya 5 orang je. berapa orang je yang kita sponsor. tak sampai pun 100 orang. lepas tu kira purata, sebulan kita menaja hanya 6 orang je. mana network kita nak kukuh. kalau bernasib baik, dalam network kita dah ada 2,3 orang leader dan dah boleh buat sendiri. kalau tak, ada masih kena menaja juga.

walaupun ada 2,3 leader, kita masih dapat income besar, tapi sementara. ada yang mula rasa selesa. kerja mula berkurang. fokus dah lari. banyak kerja servis. kerja menaja berkurang. banyak cite-cite syok dengan rakan kongsi. dah macam penglipulara. dah macam tok guru besar. ilmu belum banyak. banyak pakai logik je. tak sampai setahun meniaga dan network masih belum kukuh. sepatutnya masa ini, proses menaja masih berjalan giler-giler.

menaja boleh sedikit kurang bila network kita dah kukuh. bila kukuh? AT tak siapa boleh mengaku kukuh. orang boleh pergi bila-bila masa. tak kira apa pangkat mereka. proses ganti sentiasa ada. sebab itulah kena menaja sentiasa.

sekarang inilah masa paling sesuai untuk menaja. ramaikan lagi kita punya network.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger