semalam, saya bersama dengan cdm wan mahathir dan cdm shahrina bertemu dengan warga AT Perlis. semalam mereka adakan kelas. kami ke sana pun tanpa pengentahuan mereka. terkejut! tiba-tiba kami muncul. pergi tanpa dirancang. petang pergi dan lepas kelas tu kami terus balik dan sampai rumah saya subuh. ternyata berbaloi kami ke sana. dapat tumpang semangat dari semangat mereka yang tak pernah kurang. hari-hari penuh semangat.saja nak jengok-jengok sahabat niaga kami.
ternyata masih hangat. sentiasa ada appt dan setiap hari buat closing. wilayah mereka pun dah meluas. bukan hanya utara sahaja. dah sampai ke selatan dan pantai timur. semangat kerja sungguh hebat. bukannya muda sangat pun, dah berumur tapi meniaga punya pasal semangat mengalahkan orang muda. boleh keluar pagi-pagi dan balik malam. saya pun hairan, tak penat ke mereka ini. kelas setiap malam ada dan di tempat yang berlainan.
saya bagi sedikit pesanan je. nak meniaga lama hati tak boleh kotor. kena bersih. jangan dok sakit hati dengan upline. jangan dok iri hati dengan upline kalau upline bantu, bimbing rakan kongsi yang lain lebih dari kita. kena lihat dari sudut positif. kerana kita dah boleh buat sendiri. dah boleh jaga group sendiri. kita dah setara dengan dia ke. jangan terasa apa-apa dengan upline. dia buat sesuatu sesuai dengan strategi mereka.
semasa di sana kami jumpa dengan cdm che mat, cdm abg ali, cdm sarjan mat, cdm pok su manaf dan ddm pok long dan dsm cik mat nor. selain itu ramai lagi warga niaga yang hadir. ada dari taiping pun sanggup datang. teruja dengan kegigihan mereka bekerja. semasa kami nak balik. cdm poksu masih ada appt di KFC jam 1.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan