CDM Muhamad Razali sampaikan amanah AT. meniaga ini perlukan keberanian buat keputusan. berapa nak bermula, terpulang pada keberanian dan keyakinan sendiri.
terima kasih cdm fitri kerana menyediakan gambar-gambar di atas. kami bersama cdm nasir, cdm shahrina, cdm wan mahathir dan cdm muhamad razali, menampakkan diri di kelas malam rabu lepas. walaupun lewat kami sampai, tapi letih hilang bila bertemu mata dengan warga AT utara. puasa bukan penghalang cipta kekayaan. kami berbuka puasa di kawasan rehat tapah. lauk pauk dah bawa cuma beli nasi je. balik semula KL dan sempat bersahur.
kami ke sana lebih kepada nak ambil semangat orang utara meniaga dan korek-korek ilmu. bukannya kami kesana nak mengajar. belajar bagaimana nak berniaga lebih besar dan bertahan lebih lama lagi.
beberapa tips nak elakkan gagal, sempat kutip dari buku;
- terus menaja. kekuatan meniaga kita terletak kepada penajaan. kalau tak menaja, tak bertahan lama.walaupun mp suruh taja 6 kaki sahaja. tapi kena ingat 6 kaki tu yang hidup dan bukannya hanya letak nama sahaja atau yang meniaga 3,4 bulan lepas tu terus senyap. kalau dah penuh sekali pun tak salah kita tambah kaki lagi. manalah tau ada yang mati. semakin banyak kaki semakin kukuh kita punya meniaga dan income pun bertambah. itu pun kalau boleh jaga, bimbing dan dorong semua kaki.
- menaja mendalam. membantu sehingga jumpa leader. selagi tak ada, selagi itu kita mesti cari dari kaki tersebut. apa itu leader? boleh memimpin, berani buat sendiri dan bermotivasi serta menjadi pendorong pada rakan kongsinya.
- jangan tunggu. tunggu orang lain buat baru kita nak buat. tunggu upline bertindak baru kita nak buat. tunggu dline nak buat baru kita nak buat. tunggu sideline buat baru kita nak buat. terus buat walaupun orang lain malas. terus bertindak walapun ada halangan dan cabaran.terus bertindakwalaupun dah ramai yang mengalah. terus buat walaupun suasana sikit suram. buat,buat dan terus buat.
satu kita kena tahu, kita hanya boleh tentukan berapa jam sehari kita nak buat. berapa orang yang kita nak jumpa. kita tak boleh kawal/tentu seseorang itu nak masuk atau tidak. masuk dan mahu buat meniaga ini sungguh-sungguh.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan