pengalaman 10 menekuni meniaga ini;
- kami dapat orang yang dapat income besar.
- masih bertahan sampai kini.
- masih gile-gile meniaga
mereka yang masih melakukan 3S secara aktif. iaitu sentiasa buat, bukannya seminggu sekali. apa 3S? sponsor, servic dan sales. sponsor mesti dilakukan sampai bila-bila. sponsor untuk personal atau group. tak boleh tidak, kalau nak lama meniaga dan income besar. kalau tak buat, meniaga kita menuju kematian. sikit demi sikit. kita boleh jumpa terus dengan prospek atau jemput datang kelas BOP yang AT buat. ada juga yang jumpa dulu dan bila prospek nak lebih keyakinan terhadap meniaga ini mereka digalakkan datang kelas. ada juga yang terus jemput ke kelas. kalau jumpa dengan prospek seeloknya kita 2 orang dan prospek seorang. jangan gi 1 dengan 1. kita tak tahu siapa yang akan kuasai suasana. kalau kita 2-1 biasanya yang lebih kuasai suasana dan mudah nak buat sponsoring.
ada yang kami jumpa, sponsoring aktif hanya 3,4 bulan pertama je. lepas tu dah tak buat. jangan beb! kalau nak meniaga besar. kena sentiasa buat, setiap minggu. melebar dan mendalam. kena ingat orang boleh berhenti bila-bila masa je, jadi kena sentiasa sponsor. jangan tunggu ada yang mati baru nak sponsor. dah terlambat.
tak boleh bawa ramai, 1,2 orang pun dah cukup. setiap kali kelas, aku wajib bawa prospek baru. mesti,mesti. tak boleh cakap kalau ada, kalau ada.... |
cara bagus buat masa ini, bawa prospek datang kelas, kita lakukan sponsoring secara pukal. lebih mudah, lebih bagus, suasana yang convince. siapa yang sentiasa bawa prospek datang kelas, dialah yang akan bertahan lama dan income pun besar. siapa yang tak ambil kesempatan rugilah. kelas boleh closing, jumpa personal lebih susah sikit.
sekarang ni ada macam-macam cara yang AT buat. kelas, kad jemputan, kelas aroma terapi, roadshow dan banyak lagi. AT buat semata-mata nak closing secara pukal dan biar suasana yang convince. prospek tengok orang ramai dan bukti kejayaan, mereka akan teruja dan akan sign up sebelum balik.
jangan tinggal sponsor kalau nak lama berniaga. ada orang dah muak jumpa prospek. dah tak ghairah lagi, dah menyampah dengan prospek. berapa banyak income yang anda dapat tak lama kalau kita tak sponsor. hayat kita dalam berniaga ini ialah sponsoring. tak sponsor kita kering. dan mati jua akhirnya.
ada juga yang dok harap rakan kongsi je yang buat sponsor, ini juga bahaya. hayat berniaga juga tak lama. kena buat personal dan group. tak boleh buat untuk group saja. harap rakan kongsi bawa prospek datang kelas, roadshow dan aromaterapi.
ramai yang dok buat perkara-perkara lain, yang tak membantu dapat income. dok sembang kosong, ingatkan buat servis. dok minum-minum, ingatkan bagi motivasi tapi membunuh. dok gi jauh-jauh ingatkan jumpa prospek baru, tapi banyak dok jumpa yang dah lama. call pun boleh. ke hulu ke hilir,ingatkan gi sponsor tapi saja buat-buat sibuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan