Jom Follow

Jumaat, 13 Ogos 2010

salam jumaat.

salam.
bertemu lagi hari jumaat. penghulu segala hari. hari yang penuh keberkatan. tambahan lagi dalam bulan ramadhan. banyak kelebihannya. 
seperti biasa, saya akan bersolat di masjid sri petaling. kena pergi awal. jam 11 mesti ke sana. dah tekad nak habiskan juga bacaan al-quran. tinggal lagi sikit. mesti buat dan tak boleh cakap sahaja.
buat warga AT semua. hari ini rehat lebih lama dan ambillah kesempatan mencari prospek stranger. orang tak makan, awal ke masjid. mesra-mesralah dengan jemaah yang ada. yang dah buat sepenuh masa, awal pergi dan pulang paling lewat pun boleh. 
puasa bukan penghalang kita dari meneruskan meniaga. kena lagi kuat dan lebih bersemangat lagi. raya ni nak pakai duit lebih. semua orang mengakuinya. lagi banyak lagi bagus. persiapan raya. kosnya pasti meningkat. 
raya tahun ni sekitar 11/9/2010. gaji dapat awal tapi bulan depannya 23/10/2010. tengok berapa lama baru dapat gaji. hampir 50 hari. kena beringat-ingat. salah raya, padah lepas tu. pandai-pandailah berjimat.
dari cite rakan AT, bulan ini dah kembali rancak. semakin kreatif meniaga. semangat meluap-luap kembali. berkat ramadhan. Hai-o pun munkin bayar bonus sebelum raya. kalau lepas raya pun tak ada masalah. kita raya lepas raya. tak payah pikir bonus masuk, paling penting meniaga. buat sales banyak-banyak. tinggal dulu alasan. buat alasan bila dah kaya nanti. masa ini masa buat kerja. bangun pagi pikir kerja, tengahari pikir kerja, petang pikir kerja dan malam pun sama. setiap saat pikir kerja. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger