sampai bila kehidupan sesak begini akan berakhir. nak beli sesuatu pun kena pikir beratus kali. kasihan anak-anak, sering kali minta, setiap kali penolakan juga yang diterima. untuk diri sendiri mungkin tak apa, tapi untuk anak-anak, sedih dibuatnya. apakan daya pendapatan tak berapa nak cukup. kadang-kadang belum sampai hujung bulan, dah habis gaji yang dapat. harap sangat anak-anak dapat memahami keadaan ini. jangan minta, yang memang tak boleh dapat. tapi janji, bila ada duit nanti akan dapat juga. bila!!!!!!
raya tahun ini, amat menyeksakan. sejak minyak dan gula naik, barang-barang lain juga naik. macamana nak simpan duit nak balik raya. macamana nak beli baju untuk anak-anak.macamana nak balik raya. tak balik ke raya kali ini!!!!!!!!!!!!!!!!!
balik raya itu mesti, datang semula mak bapa yang bagi duit. kalau tak......sedih nak tulis. tapi itulah kehidupan dikota besar ini. mintak walaupun malu, demi anak-anak.
pernah kehabisan beras, nasib baik muka tebal. minta tolong kawan yang budiman. malu dah hilang.
pernah anak sakit malam-malam, tunggu esok pagi, nak pergi ke klinik kerajaan. nak ke klinik swasta duit tak ada.
pernah susu anak tak mampu beli, guna susu pekat manis je. nak buat macamana. ramai yang tak tahu cerita ini. masing-masing pendam sahaja.
bila akan berakhir cerita sebegini. tak mustahil akan berakhir. siapa yang nak keluar dari lopak penuh berlumpur dan kotor. tukarlah lopak yang airnya lebih jernih lagi bersih.
jom sama-sama.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan