sejak akhir-akhir ni banyak benar kisah mlm keluar media. awal-awal lagi dah kurang tepat. yang kena tu bukan buat mlm. itu buat pelaburan. masuk duit dan tunggu duit tiap-tiap bulan. biasanya 10%. tak payah buat apa. tak payah jual barang dan cari orang. tapi kalau cari orang lagi banyak dapat. kalau tak payah buat apa-apa dapat duit. memang sah menipu.
mlm mesti modal rendah. keahliannya biasanya bawah RM100 je. bila daftar je dah boleh mulakan meniaga. pilih mana-mana produk yang kita nak jual. mlm bukan dapat bonus bergantung kepada keahlian yang masuk tetapi jumlah BV setiap bulan. kalau masuk 10 orang baru join, tak tahu berapa lagi bonus yang kita. kena berapa bv dulu. apa produk yang dia jual dan berapa bv setiap barang tersebut yang mereka meniaga bulan ini. jadi mlm bukan kira kepala yang masuk tetapi kira berapa bv yang terjual.
orang berbeza, dapat bonus yang berbeza. ada juga yang hanya rm30 je. meniaga dia menjadi-jadi. ada juga yang keluar BA 1 unik, meniaga meletup. ada yang keluarkan 5 BA, meniaga dia pun meletup-letup. ada yang ambil lebih lagi pun menjadi-jadi meniaganya. ada juga yang gagal, itu tak dinafikan. tak buat apa yang disuruh dan kalau buat pun asal buat. atau cepat putus asa. tak sabar. mlm bukan boleh kaya dalam semalaman. kena usaha berterusan.
kenapa gagal?
mlm mesti jual barang dan mesti buat sharing dengan seramai mungkin orang. ini mesti buat. kalau tak buat kita menuju kegagalan. tak penuhi syarat kejayaan. macamana nak berjaya.
syarikat mlm, biasanya mempunyai beratus produk. pilihan ditangan sendiri. tugas kita, leader-leader ini sebagai pemudah cara untuk orang baru buat kerja tersebut. leader bagi cara untuk jual barang. bagaimana nak buat perkongsian dengan prospek. leader akan beri jalan bagaimana nak dapatkan prospek. leader sebagai pembimbing ke arah kejayaan leader sebagai pendorong kejayaan je. leader tunjuk cara, kita yang kena buat lepas tu. kalau tak leh buat belajar lagi. kalau malu nak jumpa orang, kena selalu jumpa orang sehingga sifat malu hilang dengan sendirinya. ramai yang gagal disebab diri sendiri yang tak buat usaha. gagal kerana mudah mengalah. gagal kerana kemalasan diri sendiri. lepas tu salahkan orang lain.
untuk elakkan mereka persalahkan kita berberapa perkara mesti kita lakukan:
- setiap kali kelas sms pada dia.
- kalau datang kelas tanda
- kalau datang seminar- tanda
- kelas produk dia datang-tanda
- pastikan ada senarai nama
- buat appt denga upline dulu- upline ajar secara praktikal bagaimana nak buat dema- mesti tanda dah berapa kali kita berdemo dengan dia.
- setiap kali call, mesti catat.
- berapa kali jumpa leader untuk berguru.
kalau dia gagal, mestilah banyak kelas dia tak datang. tak buat appt pun. tak ajak upline g demo pun. kalau ada terlalu sedikit je. kalau kalau buat, lambat atau cepat kejayaan akan datang jua.
kalau dia gagal dan salahkan kita, kita tunjukkan perkara diatas tu. berapa kali datang kelas, berapa kali datang seminar, berapa kali jumpa mentor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan