Jom Follow

Ahad, 22 Ogos 2010

Aroma Terapi Minda AT 181

Si kecil pun datang menemani ibubapanya, sentiasa mengharapkan yang terbaik dari orang tuanya. sambil menunggu sempat main games. buat meniaga ini untuk kesenangan anak-anak kita dimasa depan. senang nak belajar nanti. u mana nak masuk. belanja bapa tanggung tak payah pinjam dari mana-mana agensi.

Sekali lagi AT 181 membuktikan keunggulannya. Program Aroma Terapi Minda berjalan dengan jayanya, seperti yang dirancangkan. Cuma PA sistem je yang kureng. Tu dah biasa kalau buat kat Hotel Mines Wellness. Kehadiran lebih dari 700 orang. Amat terkejut. Ingatkan tak sampai 200 orang pun. Ternyata warga AT sentiasa menyokong penuh  setiap program AT buat.
CDM Kartini bersama dengan rakan kongsinya. sedang giat berusaha jadi cdm dalam waktu terdekat ini. tak ada alasan kalau mahu berjaya. buat, buat dan terus buat.
Hari ini ternyata, bila ajak prospek sungguh-sungguh pasti ramai yang datang. kita war-warkan pada semua warga AT. kita canang betul-betul kehebatan program ini. kita call, rakan kongsi supaya datang. kita sms rakan kongsi supaya datang, ternyata ramai yang datang. ada yang pergi jumpa dengan rakan kongsi, cite kelebihan projek ini. siapa yang ada dalam dewan hari ini boleh rasa auranya. meremang bulu roma, melihat ramainya orang hari ini.siapa yang bawa ramai prospek dialah yang paling beruntung dan bertuah. yang datang sebatang kara, nak sesal buat apa, sendiri yang pilih datang sendirian. lepas ini tanya pada leader yang bawa ramai orang itu. jangan malu bertanya. jangan pulak dok tanya yang sama-sama datang sebatang kara. orang dari luar KL punramai yang datang, kita yang dok sini rugi je tak promote gile-gile. benda dah lepas. tunggu next pulak.

Inilah program hari ini, ramai yang terkejut dengan program seumpama ini. lain dari yang lain dan kedatangan lebih 100 orang baru amat berkesan. yang datang sign up dan kena buat follow up. program seumpama ini telah dibuat di miri,2 minggu lepas. nampak berkesan, dibawa ke KL pulak. syukur. kesannya amat baik sekali dan esok program iniakan diadakan di sabah pulak. kita tunggu hasilnya pulak.

kenapa kelas tak seramai ini? kita dah buat sambil lewa, tak sms pun dline, tak call pun rakan kongsi. semua dah tahu tak payah nak cakap. nak berniaga datangla... inilah pikir kita selama ini. al hasilnya, mula-mulanya statik je jumlah yang hadir, kemudian sikit-sikit berkurangan. leader kehilangan ghairah meniaga. tambahan pulak suasana tak membangkitkan semangat.
warga AT ada yang bersila, kehabisan kerusi. tak ada hal demi ilmu. asalkan meniaga boleh jadi.

cdm pun bersila. bagi peluang orang lain duduk. pengorbanan di bulan puasa.

bermula hari ini, kita kena war-warkan kelas AT. kena betul-betul ajak. baru rakan kongsi kita datang. bila ramai yang datang, lahirlah suasana yang sungguh menakjubkan. siapa yang datang akan masuk. siapa yang datang, tak balik sebelum sign up. suasana yang convince. meniaga kita lagi mudah.
cdm shahrina menjadi mc. ceriakan suasana.

kita wajib jadi kaya. dah lama kita terpenjara. meniaga bukan kerjaya pilihan tetapi sebagai sampingan sementara dapat kerja tetap terutamanya kerja kerajaan. walaupun gajinya tak seberapa kerana adanya pencen. jaminan masa tua. meniaga bangsa lain yang pulun sebab itu negara kita mereka kuasai. kita dok salahkan mereka, padahal mereka layak. mereka ada kuasa beli. nak beli apa pun boleh.

tindakan bermula lakaran minda terlebih dulu. kena ada impian. baru ada tindakan. baru jadi.

siapa pun tak tahu berapa rezeki mereka. tugas kita buat, buat dan terus buat.

pengalaman 10 tahun bersama meniaga ini. dah banyak yang diperolehi hasil dari menjalani meniaga ini. bermula dengan mimpi dan kini telah menjadi realiti. dapat setelah berusaha sungguh-sungguh. bukan buat main-main. fokus pada matlamat.

mudah bila suasana dah wujud. kita buat program hari ini nak wujudkan suasana meniaga seperti dulu-dulu. 
warga AT penang. jauh-jauh pun sampai. meniaga mesti roket.

ddm jeff pun datang. dari melaka tu.

warga At sekalian, setiap kali kelas, kita datang ramai-ramai penuhkan semula dewan. wujud semula suasana meniaga. baru meniaga kita akan meletup semula. meniaga kita bulan ini pun dah mula menjadi. cuma nak menjadi-jadi kena tunggu sedikit masa lagi.
gambar telah menceritakan segala-galanya.

kerjasama semua orang amat perlu. jangan ada yang buat tak tahu pasal kelas. datang pun dengan kepenatan. datang bukan dengan semangat berkobar-kobar. bukan datang dengan harapan tinggi. datang sekadar tunjuk muka pada upline je.
penuh sampai tak ada ruang kosong

wajah-wajah ceria semua. terkedu dengan pengisian hari ini. tak percaya dengan [erkongsian ilmu hari ini.

kalau semua cdm promote betul-betul kelas, saya pasti kelas AT akan melimpah ruah. kalau promote sungguh-sungguh, saya pasti kelas kita akan lebih meriah. kalau semua benar-benar promote, saya pasti kelas AT lebih ramai lagi yang hadir.
melangkah gah menuju dewan.

bersama dan bersatu menuju puncak kejayaan dan kekayaan.

meniaga kita akan menjadi-jadi semula. train baru pasti datang. cepat-cepat bersedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger