entah apa mahu dikongsi hari ini. semalam terlalu penat. kurang sihat. makan pun tak lalu. berbuka pun sikit, aku sendiri pun terkajut. demam dan sakit kepala. jarang terjadi pada aku. hari ini pun mood pun tak berapa nak ada. pagi tadi asyik jelajahi blog ke blog. seronok juga. banyak dapat info. dapat ilmu dan lagi banyak yang belum aku tahu. lautan ilmu tak akan kehabisan.
semalam dok menelaah buku abdul latif talip. cite pasal khalifah umar abdul aziz. sangat menarik dan begitu menyentuh rasa. hingga sebak dada. baca penuh penghayatan. beberapa buah buku dah pulun sebelum ini pasal khalifah umar abdul aziz tapi tak sama. abdul latif talip, pengkisahan dalam bentuk novel sungguh hebat. buku-buku lain tu, info sahaja. baca buku ini, seperti kita berada dalam zamannya. ini hebatnya buku ini. beli dan baca. aku pun belum khatam lagi. ada sikit lagi. mungkin lepas ini akan habiskan. sebenarnya aku susah nak wat kerja, kalau perut kosong. nak membaca pun tak larat.
bukan mudah mendaki ke puncak, tapi tak ada yang mustahil bagi yang berusaha. halangan pasti datang, atasinya dan kita akan tiba jua. |
semalam juga aku sempat menekuni buku pasal meniaga mlm ini. buku terbaru pasal mlm dan ditulis oleh orang malaysia. 20 tahun melayari dunia mlm, lama dan banyak pengalaman. perkongsianya cukup baik. jadikan panduan untuk lebih berjaya. bertahan lebih lama dan bisa jadi jutawan. pasif income yang mampu menampung hidup.masa tu kita boleh pencen. nak kerja boleh, tak nak kerja pun bisa. kerja pun pasal kita seronok buat kerja je dan bukan nak dapat saraan hidup. buat meniaga gile-gile sebab nak dapat lebih cepat apa yang kita impikan. mejadikan meniaga ini sebagai menyeronokkan bila kita berimpian besar. biar terkejut bila orang mendengarnya. itu baru betul. jangan pulak bila orang tahu kita punya impian. 'aku pun boleh dapat, tak payah meniaga ini pun boleh'.
meniaga ini boleh jadikan kita apa yang kita nak jadi. hidup seperti mana kita nak. bukan kehidupan dicorak oleh orang lain.
dalam buku tersebut, senarai nama adalah keperluan utama kalau nak berniaga lama. mesti bertulis. tak boleh main ingat-ingat je. kena sentiasa bertambah senarai nama tu. ramai yang meniaga tapi tak tahu nak buat apa. hari-hari dok menung siapa nak gi jumpa. terperap kat rumah tak ada siapa yang nak kongsi lagi.
terdapat 12 kegagalan dalam meniaga ini.
- nak tahu semua dulu baru nak mula.
- penolakan dari keluarga terdekat.
- nak dapat lebih tapi usaha kurang. nak cepat kaya. kalau boleh masuk hari ini, esok kaya.
- fokus kurang/ mudah hilang fokus.
- tak ada sistem, tak ada duplikasi dan tak ada kejayaan. tak ikut sistem. pandai-pandai sendiri. dline susah nak ikut dan susah nak capai kejayaan.
- terlalu memanjakan dline. kita buat semua untuk dia.
- tak ada keperluan mendesak untuk berjaya.
- kurang sponsor
- buat main-main, tak bersungguh-sungguh.
- main hati dengan upline
- impian kecil. tak nak jadi juara mlm. cukuplah dapat sikit-sikit, buat menampung hidup.
- banyak alasan.
itu serba sedikit yang dapat dikutip dari buku tersebut.
ada satu lagi buku belum aku buka lagi. lepas zohor, nak mula bacanya. harap-harap dapat sesuatu jua. dapat memanjang hayat kami dalam meniaga ini. rasa sekejap je dah 10 tahun. tak terasa. nak bertahan lebih lama lagi, kami kena sanggup hadapi segala cabaran yang mendatang. naik turun dalam meniaga ini perkara biasa. masa kering, ramai yang tak sanggup redahinya. ada yang terus berhenti. ada yang berpaut dahan lain. dahan lama dah tak kuat katanya. ada yang dah hilang fokus. tak sungguh-sungguh lagi meniaga. buat lain lagi senang dapat duit.
ada satu lagi penyakit. terlalu taksub dengan upline. idea orang lain tak boleh pakai. nak rujuk/tanya orang lain pun takut. takut berbeza dengan upline. sepatutnya pikir dulu apa yang upline cakap tu boleh pakai ke tidak. atau tanya orang lain juga, betul ke upline aku cakap. ramai juga yang dimanilpulasi oleh upline. nak berjaya kena open mind. banyak guru dan selalu bertanya dengan orang berjaya. upline mungkin boleh silap. ikutlah strategi yang terkini dan terbukti berkesan. ikutlah group lagi bagus dari dok taksub dengan upline kita.
segala masalah bermula/timbul bila income mengecil. income mengecil mesti ada sebab. kena cari penyebabnya. lepas tu atasi penyebab itu. selesai masalah. punca tak selesai masalah bila, masalah itu datang dari luar. kita dok salahkan orang lain je. income kecil, mulalah upline salah, dline tak betul, group menyusahkan dan sideline asyik tikam belakang je. bila income besar, masalah selesai. tambahkan usaha, lebih tekun lagi, jumpa lebih ramai prospek lagi. meniaga pun naik, income bertambah. masalah selesai.
leader yang tak pandai jaga mulut. main cakap je. ramai dline yang mati. tak lama berniaga dengan dia. tapi masih tak sedar-sedar lagi. ubah cakap. cakapnya sentiasa panas, cakapnya selalu nada menyindir, cakapnya selalu melukai hati dline.cakapnya selalu perlekeh orang. cakapnya selalu meninggi diri.
leader yang tak pandai jaga mulut. main cakap je. ramai dline yang mati. tak lama berniaga dengan dia. tapi masih tak sedar-sedar lagi. ubah cakap. cakapnya sentiasa panas, cakapnya selalu nada menyindir, cakapnya selalu melukai hati dline.cakapnya selalu perlekeh orang. cakapnya selalu meninggi diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan