Jom Follow

Jumaat, 27 Ogos 2010

lepas berbuka.


Selesai berbuka. syukur pada Allah, masih beri peluang untuk hidup dalam keamanan. dapat berpuasa dengan tenang dan tak ada malapetaka. sehabat kita di pakistan, nak makan pun tak ada. lebih 20 juta yang terlibat dengan bencana banjir.
keadaan banjir di pakistan.
berbuka di khemah perpindahan. berkongsi roti, kurma dan air.
solat tak ditinggalkan.

ikan bakar dan ayam bakar.
bazar ramadhan seri serdang. setiap tahun mesti sampai tapi kali ini tak sampai lagi. kalau ke sana mesti beli murtabak dan laksam cikgu jani. mengancam gile. beli kadang-kadang tak makan pun.

kali ini, tak pergi pun bazar ramadhan. masak je. kurang membazir sikit. kalau beli secukup tak membazir. pengalaman tahun-tahun lepas. penuh meja. bila azan, minum air segelas dua, dah kenyang. tak berapa nak makan dah. habis tu, yang penuh meja tu siapa nak makan. tak apa balik terawih, makan. gi ke terawih tu, dah kenyang terbungkam je.
Tahun ini ubah cara, masak kat rumah. makan pun tak berapa banyak. boleh solat terawih. solat di beberapa masjid sekitar Puchong. ramadhan ini rugi sikit, kurang baca al-quran. tak habis pun lagi. bukan tak habis, belum sampai 15 juzuk. mesti pulun juga. kena habis sekali sepanjang ramadhan kali ini. rugi. 
mesti khatam juga sekali dalam ramadhan 1431H
walaupun puasa, kelas-kelas AT tetap berjalan seperti biasa. mula lewat sikit. warga AT yang datang sama je dengan bulan-bulan biasa. kadang-kadang ada pertambahan. kerja kena terus buat. nak beraya duit kena banyak. baju raya, kuih raya, duit raya, minyak keta nak balik raya, tol raya dan banyak lagi nak pakai. harap-harap bonus hai-o dapat belum raya. meriah sikit rayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger