impian kita tak besar. kalau besar pun tak konsisten berusaha mencapainya. tak berminat buat kebajikan. aku ada kawan, suami isteri kerja kerajaan. gaji mereka RM10K sebulan kalau dicampur dua tu. timggal pulak kat kampung. cuba bayangkan betapa mewahnya kawan aku ini. apa yang kena bayar, pinjaman rumah je. rumah cukup besar. hebat dan mewah. kadang-kadang aku test juga, pasal meniaga ini. mana tahu kot-kot berminat.
"aku dah cukup. boleh hidup, sara anak-anak, beli harta sikit, bagi orang tua, rasanya dah tak payah buat kerja lain. ngajar tuition je boleh."itulah jawapan yang biasa aku dan anda dengar.
masjid al falah usj 9. renovation hasil sumbangan orang ramai. jutaan ringgit habis. boleh gi tengok hebat. |
rumah sehebat ini lebih dari cukup. |
adakah ini yang kita kejar? rumah, kereta dan harta. kalau kita baru menekuni meniaga ini, mungkin ini adalah impian yang cukup-cukup bagus. tapi bolehkah tolak kita terus bekerja. jadikan kita lebih tekun, lebih sabar, lebih gile lagi. aku rasa tak. kalau untuk diri dan keluarga,momentum kerja kita tak sekuat mana/tak sehebat mana. bila dah capai, dah tak bermotivasi lagi.
cuba besarkan lagi impian kita. besarkan pandangan kita pada keperluan masyarakat. masih banyak lagi kekurangan. masih banyak lagi keperluan yang belum cukup. tak salah kalau berimpian, kerja cari duit dan duit tersebut kita salurkan pada tempat-tempat yang memerlukan.
sekolah-sekolah agama rakyat banyak yang daif. memerlukan sumbangan bila-bila masa. kalau ada duit kita boleh pakat-pakat bantu. kalau kita tak berusaha bantu siapa yang nak bantu. inilah salah satu motivasi kerja cari duit. tengoklah sekolah-sekolah persendirian cina, lebih hebat dari sekolah kerajaan. siapa yang bantu, orang berada mereka. dan mereka ramai yang kaya. tak pelik kalau sumbangan orang kaya pada sekolah cina melebihi 1 juta setahun.
betapa bersyukur kalau kita dapat hantar orang-orang miskin mengerjakan umrah. tak salah kalau kita berimpian sedemikain. mula-mula tu kita hantar ibubapa dan orang-orang yang tak mampu. |
nak hantar orang kampung pergi haji/umrah setiap tahun. ini salah satu impian kami. kena kerja lebih tekun lagi. kena kerja lebih gigih lagi. itu sebabnya semangat kerja tak mudah luntur.
bantu anak-anak miskin mendapat pendidikan yang sempurna. bayar yuran mereka, cukupkan keperluan persekolahan mereka.
salah satu kenapa kerja kuat sekarang. bila tua nanti dah tak payah kerja lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan