Jom Follow

Selasa, 3 Ogos 2010

menabung

sabar menempuhi ujian. sentiasa bersyukur apa yang kita dapat. lihat dari sudut yang positif. hati akan tenang. meniaga akan menjadi-jadi. kalau asyik merungut, bonus kecil. maka resahlah kita.
meniaga ini telah ubah stail hidup kita sekeluarga. gaya yang dulunya tak boleh nak pikir. ramai lagi rakan kongsi yang akan alami apa yang telah kita alaminya. mereka perlu buat apa yang kita dah buat. buat jangan berhenti dan buat sampai jadi.
untuk lebih bagus lagi setiap kali bonus masuk. menyimpanlah 20%. lebih tu baru guna. bayangkan berapa banyak simpanan yang kita ada dalam masa setahun. bonus bukannya sikit RM10K-RM20K. menabung ni bukan pasal bonus besar tapi tabiat kita. kalau tak ada tabiat menabung, dapat bonus besar pun tak menabung. kalau sikit lagi la tak menabung.
sakit demam tak siapa yang tahu. setidak-tidaknya kita bersedia untuk itu. selain itu boleh kumpul aset sikit demi sikit. lama-lama pendapatan dari aset tu lebih besar dari kita punya bonus. tak mustahil. ramai yang dah pencen, menjalani hidup dari sewaan kedai dan rumah serta keuntungan dari simpanan tabung haji.
perancangan awal cukup-cukup penting. menyimpan banyak-banyak dimasa muda. tak membeli barangan mewah dulu. cukup kereta buat meniaga je dulu. ini nama dia 'keselesaan tertunda'. tak perlu sangat berbelanja mewah-mewah. cukup seperti orang ramai-ramai. kita bermewah selepas pendapatan pasif melebihi bonus kita. dok ke senang. senang yang berpanjangan. senang yang menyenangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger