ikan patin sungai pahang |
selepas dimasak. jomlah ke sana. rasailah keenakannya. |
Pagi tadi kami bersama dengan beberapa kawan-kawan telah bersahur dengan ikan patin masak tomyam. dah lama tak makan, teringat pulak. jam 1.30 am. kami pun bertolak ke sana. mana tu? dah tentulah kalau ikan patin mesti ke temerloh. kedai pokloh tomyam. berhadapan dengan balai bomba mentakab. orang tahu patin masak tempoyak je, tapi yang kami makan ni masak tomyam. orang sana pun tak ramai yang tahu. dah merasa sekali pasti datang lagi. kami yang jauh ni pun selalu teringat-ingat je. tak pergi semalam mungkin tak merasalah bulan puasa ini.
Semalam cdm roshila,cdm inda, dsm wan, cdm nizam dan kami. sampai sana pukul 3 am. dah siap masak. terus makan. dah call dulu. ikan patin tomyam, patin goreng, sayur dan kerabu mangga serta telur dadar. cukup menyelerakan. siap bungkus lagi. buat bersahur kat rumah pulak. kami sempat, tapi orang lain tak sempat, boleh buat berbuka petang ini.
bertolak balik jam 4am dan sampai KL 5.25am. puas hati dengan masakannya. lepas solat subuh, tidur sekejap. lepas tu buat kerja lagi. cari duit, kumpul duit agar senang berbelanja nanti. selalu orang kata, duit tak boleh bawa mati tapi manfaat dari duit yang boleh bawa mati. sedeqah kita, harta wakaf, ilmu yang berguna, masjid yang dibina, bantuan pendidikan anak-anak yatim dan miskin yang kita bagi. kita mati pun pahala akan berterusan dapat. duit sekadar duit memang tak ada bermanfaat tapi manfaat dari duit itu yang kita cari.
pergi jauh-jauh semata-mata nak makan. kami dari dulu pun begitu. belum meniaga ini pun dah makan mana yang orang cakap sedap. jauh soal lain. dah meniaga ni lagi 'giler' makan dan boleh belanja kawan-kawan juga. itu yang paling seronok sebenarnya. kalau gi 2 orang tak berapa syook. ramai seronok. network nak ramai, makan pun mesti ramai. salah satu motivasi kerja, nak makan sedap.
untuk makluman sesiapa yang nak ke sana. kedai tu tutup 6/9/2010 nanti. dah nak balik raya. lepas raya 6 nanti buka balik. ke sana jangan mintak lain, ikan patin tomyam. kami ke sana sejak 2004 lagi. gi kuantan je mesti singgah.
bukan kami je ada lagi yang selalu ke sana cdm hanim dan cdm shahril.
bukan kami je ada lagi yang selalu ke sana cdm hanim dan cdm shahril.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan