sentiasa bersedia untuk berdemo, setiap masa. tool kena bawa sentiasa. jumpa prospek bila-bila masa. ada yang jumpa tanpa dirancang. ada juga yang sentiasa bawa salinan cek. mana tahu terjumpa kawan tanpa dirancang.boleh tunjuk terus, tak payah jumpa lain kali.
jayakan rakan kongsi adalah kerja kita. nak jayakan mereka kita mesti ada ilmu dan pengalaman. bukan boleh mahir dalam sehari dua. memakan masa yang lama. jangan jemu bertanya dengan mentor. |
bersedia untuk belajar dan mengajar. ramai yang suka mengajar tapi tak suka belajar. meniaga pun ikut suka hati je.
kita adalah apa yang kita pikir. pikir boleh, pasti kita boleh. pikir dan cakap apa yang kita nak capai sahaja. sebut berulang-ulang apa yang kita nak jadi. |
bersedia untuk berubah dan terima perubahan dengan positif.
bersedia menjadi kaya. ramai yang tak bersedia jadi kaya. melihat kekayaan dari sudut yang negatif. entah apa-apa yang dok cakap pasal kekayaan. orang kaya kerana menipu. ada yang dok bagi nasihat. harta yang diperolehi banyak itu akan ditanya dari mana dapat dan kemana dibelanjakan. padahal sikit pun akan disoal oleh Allah juga. pelik sungguh manusia. Allah nak kita kaya sebenarnya. lihat sejarah semasa pemerintahan khalifah umar abdul azizi, tak ada orang yang boleh terima zakat. hebatnya ekonomi mereka.
8 sahabat yang dijamin syurga di dunia ini adalah ahli perniagaan. mereka kaya. tapi kenapa zaman kita orang kaya dipandang serong dalam masyarakat. tok-tok guru dok mengajar di masjid-masjid pun negatif dengan kekayaan. walaupun tak semua. tapi kesannya mendalam dalam minda masyarakat melayu.
siapa nak bantu mereka, kalau bukan orang berada. |
surau pun boleh dibina dengan derma orang ramai. kalau ada orang yang sanggup tanggung belanja semua pun tak ada hal. |
kalau kita mampu, boleh bina bangunan yang lebih bagus lagi. |
lihatlah kekayaan dari sudut positif. banyak yang boleh bantu, buat kebajikan, selalu ke mengerjakan umrah, bina masjid, bina surau, bina rumah anak-anak yatim. bina sekolah dan banyak lagi. nak harap pada siapa lagi kalau bukan pada orang yang berada.
tak kira kaya miskin yang terlibat hiburan melalaikan. kita dok meniaga ini, tak ada masa nak pikir hal-hal sebegini. |
bukan orang kaya je yang berbuat maksiat. tak kaya pun ramai. tak ada kajian pun yang menyatakan orang kaya saja yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan