Jom Follow

Ahad, 1 Ogos 2010

Wang oh wang.

semua orang mesti ada wang sebanyak-banyaknya. banyak wang nak guna. boleh dikatakan semua benda mesti pakai wang. tak ada yang free dalam kehidupan hari ini. bohong kalau ada orang kata wang dah cukup. orang yang selalu kita jumpa, mempunyai masalah yang sama wang belum cukup. orag yang dah bayak wang, jarang kita jumpa. mereka pun hidup dalam golongan mereka sahaja. mana boleh campur dengan orang yang pemikiran seperti kita.

pemikiran kita dok pikir negatif. wang susah. ada wang jadi sombong, ada wang jadi ego. ada wang lupa pada mati. ada wang boleh lupa diri. ada wang boleh jauh dari agama. semua tu pikiran yang menolak wang rapat dengan kita. malah menjauhi. kekalah hidup seperti sekarang. sentiasa keltinggalan dengan kaum lain. orang semakin kumpul banyak wang, kita takut nak ada wang banyak. dok ke pelik.

banyak perkara kita perlukan wang. anak nak sekolah, sekolah awasta, nak gi tusyen, kokokurikulum, lawatan mana-mana. berapa ramai orang miskin, anak-anak yatim,. ada wang banyak boleh sedeqah, bina surau. bina masjid, bagi sekolah tahfiz, bina asrama. bina universiti. bina kolej dan banyak lagiiiiii. 

Puasa dan raya perlukan banyak wang. belanja orang buka puasa, sponsor more, beli kelengkapan raya. bagi bagi duit raya pada sedara, nak balik kampung, bagi duit pada orang tua, bagi kelengkapan raya pada anak-anak yatim dan orang-orang miskin. bagi bantuan makan pada ibu-ibu tunggal. banyak lagi bagus. banyak lagi mau pakai wang. jangan cakap orang ajak meniaga ni mata duitan. mereka kerja untuk mereka dan untuk dikongsikan orang yang memerlukan. mereka bukan guna semuanya pun.

wang tak boleh jamin kebahagiaan. sape cakap macam tu. biasanya orang yang tak pernah ada wang banyak yang dok cakap macamtu. orang ada wang banyak jarang cakap seperti itu. kita belum capai lagi dah pikir gitu. kalau dah banyak wang, boleh cakap gitu. belum capai wang berjuta tak payah cakap.

satu contoh kalau kita ada banyak wang boleh hantar anak belajar disekolah swasta terbaik. di sana mereka akan bergaul dengan geng-geng seperti mereka. berkawan dengan anak-anak orang berada. cakap mereka tak sama dengan cakap kita. besar nanti sekadar nak jadi cikgu. tapi mereka nak jadi macam bapak mereka.jutawan. peniaga besar, memiliki syarikat yang tersenarai di BSKL. anak kita bergaul dengan orang berpikiran besar dan hebat. sekarang ni banyak sekolah seperti itu. aliran agama pun banyak. hantarlah anak-anak kita. lihatlah perbezaan dengan kawan-kawan mereka. tak rugi hantar mereka ke sana. network mereka meluas dan bila dewasa nanti mereka akan beruntung.

Banyak wang lagi banyak amalan soleh boleh kita buat. dok masjid dari pagi sampai malam pun tak apa. sebulan puasa ni nak dok kat pondok-pondok pun boleh. nak gi mekah pun boleh. nak mengerjakan haji pun lebih mudah. nak wat kerja sukerela kat mana-mana pun boleh. nak ajar free disekolah tahfiz pun boleh. banyak boleh buat kalau ada banyak wang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger