semasa roadshow penang, bersama dengan shahrul idham |
orang ada impian yang jelas dan hebat, kerjanya mesti lebih tekun, lebih rajin dan lebih tabah hadapi cabaran yang mendatang. orang tak ada impian buat pun ala kadar sahaja. cabaran datang, terus berhenti. tak dapat apa yang diimpi pun tak kisah.
orang yang income besar pasti berbeza gerak kerjanya dengan orang yang dapat income kecil. orang income besar selalu bersama dengan mereka yang income besar juga kerana pemikiran, gerak kerja, minda dan cakap-cakap mereka adalah sama. begitu juga orang income kecil sentiasa bersama dengan orang income kecil juga. kata mereka "baru padan dengan kita". sebenarnya kalau nak income besar, kita mesti bersahabat dan berkawan dengan orang income besar. baru kita boleh capai. ini mesti buat kalau nak cepat berjaya. tinggalkan keseronokan kita dulu.
kalau nak berniaga laju, berkawan dengan orang yang berniaga laju. tengok dan kaji cara kerja mereka dan kita tiru dan kita pun akan meniaga laju juo. kalau kita berkawan dengan orang yang meniaga laju, kita mesti jadi laju. baru boleh berkawan lebih lama. menjadi motivasi pada kita.
bezakan;
- orang buat appt setiap hari, kita buat appt 1x seminggu.
- orang buat appt 4x sehari, kita buat appt 1x sehari.
- orang jumpa 4,5 prospek sehari, kita 1 prospek 1 prospek seminggu pun belum tentu.
- orang datang kelas 3x seminggu, kita datang 1x seminggu.
- orang tinggal jauh pun boleh datang kelas, kita dekat pun tak sampai.
- orang suka datang seminar, kita terlalu susah nak datang.
- orang ada senarai nama cecah 100 orang, kita hanya ada 20 orang.
- orang senarai nama sentiasa bertambah, kita tak bertambah-tambah.
- orang lain selalu bertanya dengan orang berjaya, kita jumpa orang bertanya pun tidak. usahkan nak bertanya.
- orang selalu jumpa mentor 1x sebulan, kita 1x setahun pun belum tentu.
- orang ada cikgu, kita sendiri yang jadi cikgu.
- orang ada matlamat harian, mingguan, bulanan dan tahunan, kita tak ada pun.
- orang berkerja nak capai matlamat harian, mingguan, bulanan dan tahunan, kita ikut dapat je. dapat lebih bersyukur, dapat sikit, bukan rezeki.
- orang ada perancangan kerja, kita ikut sempat dan ikut suka je.
- orang datang kelas bersama prospek, kita sebatang kara je datang.
- orang sentiasa pikir nak cari stranger, kita buat tak tahu je, dok peluk tubuh je.
- orang edar fleyrs, kita tak buat pun.
- orang edar 1000, kita 10 pun tak habis.
- orang selalu call, sms, jumpa dline, kita terjumpa je dline.
- orang buat macam-macam ikhtiar nak cari prospek, kita buat tak kisah.
- orang bertungkus lumus buat, kita santai-santai.
- orang dapat 5,6 angka sebulan bonus, kita dapat bonus pun dah kira ok.
- orang fokus pada meniaga, kita semua benda nak buat.
- orang hepy, kita sepi.
- orang cepat urus dokumen, kita suka bertangguh, lambat lagi closing.
- orang selalu bermotivasi, kita ikut mood.
- orang selalu motivasikan dline, kita asyik dok marah-marah je dline.
- orang jumpa stranger seronok, kita jumpa stranger pun tersipu-sipu.
- orang layak melancong, kita asyik-asyik terlepas je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan