Jom Follow

Rabu, 4 Ogos 2010

Orang Lama


Buat orang-orang lama. Seperti yang AT katakan. Selepas 3 bulan keadaan akan kembali pulih dan akan melonjak kembali sales. Tempoh itu dah berakhir bulan julai. Dah berakhir 4 hari lepas. Dah tamat. 

Ogos dah menjengah. Menampakkan sinar dah 4 hari. Semangat ogos lain macam je. Ogos datang bersama kerancakan meniaga. Ogos datang bersama taupan AT. Ogos datang dengan strategi terkini. Strategi bisa meletupkan meniaga.

dok dengar-dengar leader bercakap, hari-hari jumpa prospek, kutip dokumen, hantar ke bank, transfer duit, buka bil kat stokis. syukur. kemaraan kita tak siapa boleh tahan lagi, kecuali diri sendiri. kemaraan kita dalam pasaran, bukan olok-olok lagi. Kemaraan kita sungguh-sungguh.

3 bulan sudah, meniaga agak suram, sehinggakan orang di luar sana pun boleh baca.bagi tahu mereka, masa itu dah berakhir 4 hari sudah. mulai minggu ini, meniaga  rancak kembali. dah dapat skill semula. dah dapat rentak asal. sibuk kembali.seperti sediakala. ke sana kemari kembali. sms bertalu-talu masuk. hp pun tak pernah sunyi lagi. gosip dah tak banyak. kerja, kerja,kerja dan demo,demo,demo je banyak sekarang.

bagi sesiapa yang masih lagi suram, cepat-cepat buat sesuatu. cari strategi tambah prospek. tak ada prospek, tak berguna semangat memuncak. tak tahu nak jumpa siapa. selalu AT pesan, prospek mesti sentiasa bertambah.

impian menjadi subur kembali. ogos ini menjanjikan sesuatu yang istimewa. ogos datang bersama Ramadhan. Dah 3  x ramadhan, AT dapat sesuatu yang istimewa. Meniaga selalu naik. meniaga bagaikan dirasuk. meniaga meletup-letup. prospek datang diluar jangkaan. jom pasangkan nekad, nak ubah kehidupan bersama dengan AT.

pikir-pikir punya pikir. naik turunnya meniaga kita tak ada kaitan dengan suasana ekonomi dunia. banyak bergantung pada usaha kita. kurang kerja, hasil pun akan kurang. kuat kerja hasilnya pun akan bertambah. 

setakat dok merungut, income kecil tak selesai masalah. lebih baik agresif cari prospek baru. tambah produk yang pasarkan. sentiasa proaktif. bertindak lebih banyak dari bercakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger