Jom Follow

Khamis, 19 Ogos 2010

impian2


ramai orang tersilap pasal mlm. bagi mereka upline adalah bos no 1, tapi sebenarnya bos no 1 adalah impian. nak buat tindakan mesti pikir/tanya dulu.

apakah pilihan aku ini membawa aku mendekati impian atau tidak?
apakah tindakan paling cepat untuk aku gengam impian?

kebanyakan kita suka buat tindakan yang mudah-mudah saja. buat sesuatu yang santai-santai, sesuai dengan kehendak nafsunya. tapi tindakan tersebut sebenarnya menjauhkan dari capai impian. dengan kata lain tak akan capai impian.

orang ada impian yang jelas, kualiti kerjanya berbeza dengan orang yang sekadar ada impian je. kerjanya lebih tekun. sentiasa cari jalan nak besarkan networknya. sentiasa tambah senarai nama. selalu datang kelas dan sampai awal malah ternanti-nanti nak datang kelas, seminar dan roadshow. selalu berguru dengan orang berjaya. tak ada alasan. selalu tingkatkan kualiti kerja. tak puas dengan apa yang dia dapat. rasa dirinya boleh dapat lebih lagi.

mesti berbeza orang ada 100 impian dengan orang ada 10 impian dari segi kualiti kerjanya. orang ada 100 impian mesti berbeza dengan orang ada 150 impian. lakukan setiap tindakan yang boleh capai impiannya dan buat penuh semangat.

dalam 10 tahun ini kami, jelas pasal kualiti kerja orang ada impian yang jelas. tak penat bekerja. keluar pagi, balik pagi pun tak ada hal. dah la balik pagi, esoknya pagi-pagi lagi masih boleh kerja. usah terkejut dengan pendapatan yang mereka dapat. tak payah dok tanya, kenapala orang lain boleh aku tak boleh dapat seperti dia. dah kerja kurang, macamana nak dapat lebih.

cuba duduk dengan mereka yang dapat income besar tu, dengar cite dia buat kerja. kita dengar cite dia buat kerja pun dah penat. belum lagi buat. belum ikut dia gi buat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger