Jom Follow

Sabtu, 7 Ogos 2010

durian kunyit.


Makan sampai kenyang semalam.

Beberapa jam rehat. Tenaga dah ok semula. Semangat menjadi seperti biasa. dah boleh bekerja semula. dah boleh buat macam-macam. asalkan boleh membantu kami capai impian.

pagi tadi sedikit kepenatan. baru sampai rumah kami jam 7.15am. dari pagi semalam lagi aku keluar rumah. seharian ada aktiviti dan tanpa henti. nak berjayalah katakan dan nak kerja senang bila tua nanti. kerja kuat semasa masih bertenaga dan ada benda yang boleh buat. tua-tua nanti boleh dok saja.

Ambil cdm di airport KB, terus ke Tanah Merah. Ada kelas di situ. Kehadiran warga niaga ramai. teringat dulu-dulu. 3,4 tahun lepas. berapa kerat je yang hadir setiap kali kelas di situ. sekarang ni dah penuh. itulah berkat sabar leader, buat berterusan walaupun tak ramai yang datang. tak ada yang nak buat. lama-lama baru jadi. syukur pada leader AT semua.

cdm kartini bagi perkongsian kejayaan dengan warga niaga yang hadir. cabaran datang jangan berhenti berniaga. ambil cabaran sebagai batu loncatan menuju kejayaan dan kekayaan. kelas semalam ada juga soal jawap. soalan berkisar pada bagaimana nak follow up. bagaimana nak bertahan? warga niaga datang dari seluruh negeri kelantan. dari besut, pasir putih, KB, jeli, tanah merah. 
inilah menu istimewa kelantan.
semua berselera makan, kena pulak daging simgam

lepas tu ke KB. ada lagi kelas di ttckb. tapi semalam ada ustaz bagi sedikit tazkirah. penekanan pada bersyukur. berapa pun kita dapat. nak lebih mesti usaha lebih. jangan harap nak lebih tapi usaha tak seberapa. lepas tu makan-makan. kena daging singgam beserta ulam-ulaman. kami apa lagi, belasah habis. dah lama nak pekena daging singgam abe led. lepas tu dok sembang macam-macam. bagaimana nak kekal momentum? ini yang susah nak buat. meniaga sekejap dah berhenti. meniaga baru beberapa bulan dah malas. dah jadi cdm tapi tak bersemangat. kenapa?

lepas maghrib bertolak ke KL, bersama beberapa geng AT Kelantan. singgah dulu di kg chuhcuh puteri, rumah kakak. dah simpan buah durian. makan durian kunyit dulu. jam 11 baru bertolak ke kl. semalam sampai boring memandu keta. 3 kali berhenti tidur. itu yang lambat sampai KL. cdm siti rohani ada bersama kami.
Stok duria semalam

tengok pun sedap.    

Tak rugi datang jauh-jauh pun semalam

makan durian kat chuhchuh puteri bersama dengan beberapa leader KB. ajak mereka gi. lepas tu balik semula. kalau makan 2,3 orang tak syok tapi semalam 10 orang. kena pulak durian kunyit lagi ngam. sampai kenyang dan mengalah semua. kami bertolak ke kl mereka balik semula ke destinasi masing-masing. kalau nak makan durian carilah durian kunyit atau musang king. tak nak yang lain. sedikit mahal. kat kl rm25 perkg. kerja lagi kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger