Jom Follow

Rabu, 25 Ogos 2010

Hadiah Buat Anda.

dah banyak kali baca tapi masih tak jemu-jemu. masih banyak lagi yang kena ubah. masih banyak lagi kena perbaiki. susah nak ubah pemikiran. sekejap positif lepas tu hilang. sekejap yakin dengan potensi diri, sekejap tak yakin. banyak terjadi, selalu cakap negatif dengan diri sendiri. sepatutnya cakap lagi dan lagi hal-hal positif je dengan diri. aku hebat. aku pasti berjaya. aku boleh buat. aku dilahirkan untuk berjaya.aku memang boleh capai apa yang aku idamkan. dalam perjalanan hidup aku, aku mampu buat/ aku mampu miliki apa yang aku nak. aku mesti buat.
kita tak ada limit. yang ada kelemahan mental sahaja. kurang percaya pada keupayaan diri sendiri.
hari ini baca lagi. nak betul-betul paham. lepas tu boleh meniaga lagi besar. guna apa yang dibaca. dan kongsi dengan semua warga AT semua.
buku ini dah ada dalam bahasa melayu. pts yang terbitkan.
ini pun dah banyak kali habis. masih perlu baca lagi. sesiapa nak tambah income, boleh baca dan amalkan. mesti ada extra kemahiran/skill baru boleh tambah income. dalam MLM pun sama kena skill extra dari orang lain. saya dah sentuh dalam post yang baru-baru ini. menjalani meniaga bersama AT, tak mustahil kita boleh double income. berubah tapi tak lama. tak jadi habit lagi dah balik asal.
jangan malu untuk buat. bertanya pada yang berjaya. berguru dengan orang yang terbukti berjaya. jangan berguru dengan orang yang belum berjaya. nanti dapat ajaran sesat pulak. tersalah ilmu, lambat kukuh, group ramai yang mati. kenapa?
bagaimana nak cipta goal. kenapa ramai tak suka buat. dah buat tapi tak pernah capai. jadi tak payah buat. ikutlah apa nak jadi. inilah banyak terjadi. mungkin salah cara, tak diajar secara betul. atau buat tapi tak lama. cepat give up. tak bermotivasi nak terus berjuang.

tak rugi habiskan sedikit duit untuk mendapatkan ilmu. meniaga mlm memerlukan ilmu terkini. kalau tak kita akan ketinggalan. bagaimana nak bermotivasi selalu. bagaimana nak bagi inspirasi pada rakan kongsi. bukan sekadar beri motivasi tetapi menjadi pendorong kejayaan rakan kongsi. selagi kita boleh bagi ilmu selagi itulah rakan kongsi akan berguru dengan kita. kalau asyik dok dendang lagu yang sama, rakan kongsi pun malas nak berguru. jangan menyesal, bila ini berlaku.
selain menelaah buku-buku, kita boleh juga hadiri seminar,kursus berbayar. kalau ikutkan pesanan cdm otai, 4,5 bulan sekali kita kena hadirinya. kalau tak pun bergurulah dengan mentor-mentor. rakan kongsi boleh tahu, kita ada ilmu atau tak ada.
siri ini ada 3 buah. mana hilang satu. buku ini banyak sekarang.ambillah kesempatan untuk tambah ilmu. jadilah leader yang berilmu tapi merendah diri. ramai yang tak tambah-tambah ilmu. tak pelik meniaganya statik.tapi dok tanya ape sebab. ilmu tak tambah macamana nak besar meniaga.

buku ini kami baca 12 tahun dulu. dulu kulitnya lain, tapi isinya sama.
bagaimana membina rangkaian. lepas satu tambah satu. bina meniaga. semangat saja tak cukup.ilmu amat penting. keberanian juga perlu. nampak peluang dikala orang lain masih lagi kabur.
razzi armansur; buku pasal mlm dah banyak. nak dapat pun dah mudah. gi kedai buku pasti ada.minda kita kena berubah. melihat perniagaan adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.Allah jadikan kita khalifah di bumi. Ciri-ciri khalifah?
antara yang saya sempat kongsi di sini.
pandangan orang kita terhadap kemiskinan;
  • buat apa mahu kaya? cukup makan pakai sudahlah.
  • usaha susah payah pun belum tentu jadi kaya.
  • lagi senang hidup miskin. tanggungjawab tidak besar.
  • kalau semua kaya, siapa yang mahu miskin?
  • lebih ramai orang simpati dan suka kepada orang miskin.

pandangan silap terhadap kekayaan;
  • bukan senang mahu kaya. kalau senang sudah tentu ramai orang kaya.
  • apabila kaya nanti lupa diri, sombong dan lupa Allah.
  • buat apa mahu kaya, susah nanti apabila kaya.
  • kalau tidak menipu, masakan boleh jadi kaya.
inilah selalu kita dengar dan mungkin banyak lagi.
  






buku-buku ini ada dalam koleksi kami!!! ada lagi.tak masukan semua. berilah masa pada diri untuk membaca setiap hari selama 15-30 minit. pagi atau sebelum tidur atau bila-bila free. jangan  buat berterusan. lepas itu, lihatlah anda menjadi terhebat dalam bidang mlm ini. semakin lama semakin hebat, semakin matang, semakin berkarisma, semakin bermotivasi. anda akan jadi idola semua orang. kita boleh perhatikan siapa leader yang sentiasa menambah ilmunya dengan yang tidak.
jangan pulak dari mula masuk,ilmu tak bertambah-tambah. jangan terkejut meniaga kita statik. mula-mula je ada peningkatan. ilmu bertambah, meniaga juga akan bertambah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger