Jom Follow

Jumaat, 6 Ogos 2010

full time2

nak buat full time?
susah nak jawab. terpulang pada empunya diri. terpulang kepada keyakinan kita terhadap perniagaan ini. kalau yakin boleh, tak ada hal. jangan pulak, buat 2,3 bulan tak berapa jadi kita dah gabra dan menyesal pun datang. tapi kalau kita sanggup hadapi semua cabaran tak apa.

ada juga jenis 'koyal' boleh. dok sorang-sorang. membayangkan alangkah seronoknya kalau buat sepenuh masa. nak demo bila-bila masa boleh. boleh jumpa ramai prospek lagi. nak gi jauh pun boleh. boleh jumpa kawan-kawan lama walau dimana berada. boleh hadiri seminar di KL tak pikir pasal kerja. boleh gi semua senarai nama. seronoknya imcome pun besar. boleh gi melancong dan tambah keta baru.

tapi bila buat full time lain jadinya. jumpa kawan 3,4 orang dah reject dah frust. jumpa 3,4 orang tak jadi masuk, dah takut. nak full time, mesti ada ketahanan 1000 orang reject pun aku mesti teruskan. 1000 tak nak, aku yakin orang ke 1001 pasti akan join. kawan tak angkat call pun aku tak heran, buat tetap buat. 

ingatkan boleh jumpa prospek 6,7 orang sehari tapi 1,2 orang juga. sama je sebelum full time. tak ada prospek. takut nak jumpa stranger. jumpa prospek pun lepas waktu kerja, sebabnya dline masih kerja. prospek pun dlien pun. mana prospek kita? nak full time, prospek kita mesti ramai dan mesti kreatif tambah senarai nama. berani jumpa prospek stranger. 

sebelum buat full time, mesti ada simpanan untuk tampung belanja keluarga. sekurang-kurangnya 6 bulan. mana la tahu meniaga kita tak berapa jadi 2,3 bulan pertama. setidak-tidaknya kita ada bekalan. tak closing kita tak cepat stress. kalau tak ada, kita kerja dalam tekanan. bila dalam tekanan, meniaga kita tak berapa jadi. kita mesti enjoy dan hapy baru meniaga boleh booooom.

bila full time;
  1. kerja mesti lebih rajin
  2. jumpa mesti lebih ramai
  3. impian kena lagi besar
  4. kena tahan tekanan
  5. simpanan mesti cukup sekurang-kurang 6 bulan
  6. dah ada rakan kongsi yang nak buat giler-giler
  7. dah tak boleh jaga group, kalau tak buat full time
  8. senarai nama mesti bertambah.
  9. demo mesti 4,5 kali sehari
tak ikut ini pun tak apa, asalkan berani ambil risiko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger