Jom Follow

Khamis, 17 Mei 2012

Pak Su & Che Mat Singgah Rumah.

Tetamu datang lagi. Kali ini, CDM Paksu, Mak Su dan CDM Che Mat. Sibuk-sibuk, pun singgah dan sempat menjamu selera. Maaf tak bersedia sangat. Tapi cukup untuk alas perut sejam dua.
CDM Pak Su dan Isteri.
Tadi aku call CDM Che Mat. Nak bertanya khabar. Dah balik dari utara ke belum. Rupa-rupanya dah balik. Masa aku call, dia ada kat rumah adiknnya, kat Bandar Kinrara. Jemput datang rumah. Tak sampai 5 minit terus sampai. Dah dekat dengan rumah aku.

CDM Paksu dan Maksu ada sekali. Datang KL ikut CDM Che Mat. Nak ziarah adik Maksu? Lepas rumah aku, mereka ke sana. Puncak Alam. Mula-mula nak singgah kejap je. Tapi lama tak jumpa, macam-macam cerita keluar. Itu yang jadi lama. Cerita meniaga. Cerita sambung nyawa. Cerita kawan ajak meniaga lain. Cerita suka. Cerita sedih. Cerita lawak. Semua ada. Seronok sembang dengan CDM Pak Su.
CDM Che Mat. Cekap cari peluang. Peluang yang ditemui tak sama seperti peluang yang ada dalam Hai-O.
Nak berjaya, mesti cekap hidu peluang. Bila peluang datang cepat pula menilai peluang. Boleh buat duit ke, tidak. Kalau boleh buat duit, boleh bertahan lama ke, tidak. Semua kena kaji. Semua kena nilai. Bila semua ok. Baru boleh pulun gile-gile satu-satu peluang. Kalau nak buat MLM. Tak ada syarikat yang boleh challenge Hai-O. Itu kata mereka. Dah ramai leader syarikat lain, cuba-cuba nak masuk dengan CDM Pak Su. Bukan mudah. Orang dah mahir dengan dunia MLM. 


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger