Jom Follow

Jumaat, 4 Mei 2012

Netwoker Sepenuh Masa.

Aku sebagai netwoker. Hari-hari mesti kerja. Dah sepenuh masa. Dah tak ada sumber pendapatan lain. Tapi syukur, bertahun-tahun rezeki sentiasa ada. Asalkan aku rajin buat kerja. Insyaalah masuk. Kadang-kadang 5 angka sebulan. Kadang-kadang 6 angka sebulan.

Aku sebagai netwoker. Pagi-pagi hantar anak ke sekolah. Anak masuk sekolah pun jam 8 pagi. Taklah rushing sangat. Lepas hantar nak ke sekolah. Santai-santai drive pula ke Sri Serdang. Bukan kejar punch kad. Tapi untuk breakfast. Mee sup, kesukaan aku. Tapi sikit tak syok CDM Kartini tak suka mee sup. Makan kuih-muihlah dia. Tapi untuk slim, kuih-muih pilihan tepat kot. hi!hi!hi!

Kali ni, aku tunjukkan skali beberapa foto yang sempat aku ambil. Sebelum ini aku hanya tayangkan mee sup saja. Tapi kali ini, aku tunjukan sekitarnya. Jom layan...
Di bawah bumbung inilah tempat aku selalu breakfast. Kat sini hanya ada 3 stall sahaja. 2 stall  untuk makanan dan satu lagi sall untuk minuman. Tapi hari ini stall jual mee sup je yang buka. Setiap kali datang, aku mesti makan mee sup. Hari ini aku tambah dengan 2 begedil dan bebola ikan. Wow! licin lemu.
Berhadapan dengannya adalah Sekolah Rendah Tamil Sri Serdang. Sekolah ini pula berjiran dengan Sekolah Rendah Sri Serdang. Tak susah nak cari.
Ini pun berjiran dengan tempat makan tadi.
Senangkan nak cari. Tak susah mana. Jauhnya netwoker cari makan. Tak apa asalkan kena dengan selera. Lagi pun netwoker secara full time. Masa kita yang atur sendiri. Ketika orang lain terkejar-kejar ke opis. Aku pula tercari-cari tempat nak breakfast. Berbezakan.

Tadi pun aku sampai sini, 7.50 pagi. Awal sangat lagi. Pelanggan pun belum ramai. Tak payah que tadi. Terus dapat. Tak sampai setengah jam. Wow! diserbu. Quenya boleh tahan. Kerusi pun penuh. Kenapa lewat? Baru boleh keluar.

Wow! Inilah mee sup. Kali ini aku tambah dengan 2 begedil dan 6 ketul fish ball.
5 jenis kuih. 3 darinya aku yang sapu. hi!hi!hi!Kata CDM Kartini makan kuih je.
Beehun sup.
Itulah rutin hari jumaat, bagi aku seorang netwoker. Lepas situ, singgah pula kat pasar tani masjid Jame' Serdang. Tak banyak memborong. Singgah dan santai. Beli pucuk ubi je. 

Rileksnya. Santainya. Senangnya. Itulah kehidupan aku sebagai netwoker sepenuh masa sejak beberapa tahun lepas. Dah terlepas dari penjara makan gaji. Tak terikat dengan arahan-arahan pentadbir sekolah. 

Kalau anda nak jadi macam aku pun boleh. Jom join aku. Aku ajar. Aku bimbing. Aku pimpin. Sehingga berjaya seperti aku. Malah jadikan anda lebih hebat dari aku.

Aku bukan nak menunjuk. Tapi sekadar berkongsi kisah kehidupan aku dan isteri aku. Dua-dua netwoker secara sepenuh masa.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger