Masuk opis hari khamis. Tak perlu pakai baju batik. Cukup dengan t-shirt dan seluar jerut serta selipar.. Bersarung pun boleh masuk opis, kalau aku nak.Tak ada peraturan yang wajib aku ikut. Tak ada meja khusus untuk aku duduk. Bila-bila masa boleh masuk opis. Masuk opis pun, lepas asar. Keluar opis, dekat-dekat maghrib. Kalau aku sibuk, tak perlu masuk opis.
Seperti biasa, petang-petang masuk opis. Masa kat opis dapat 100% fokus pada baca buku. Kat rumah, banyak godaan. Kadang-kadang tewas dengan godaan tersebut. Godaan FB. Godaan TV. Godaan anak-anak. Godaan isteri.

Jadi bila masuk opis aku boleh fokus. Kadang-kadang lama. Kadang-kadang sekejap. Tergantung kepada aku punya masa dan niat aku. Nak lama, dok lama. Nak cepat, dok sekejap.
Hari ini, khamis. Harakah edisi jumaat dah keluar. Baca dulu Harakah. Nak tahu sisi lain dunia politik Malaysia. Bacaan sejak dulu lagi. Sejak aku sekolah rendah lagi.
Dulu pernah terjadi, hanya dua kali sebulan. Masa ini banyak terlepas baca. Terlalu lama. Terlupa bila edisi baru keluar. Lagi pun susah nak dapat Harakah. Di Bukit Kinrara, senang dapat. Ada kedai yang sudi menjualnya. Dapatlah aku menelaahnya.
Hari ada dua buku lagi. Seruan Terakhir dan Di Hamparan Shamrock. Buku pertama dah habiskan petang tadi. Menari serta kritis isinya. Ulasan sekali lalu. Boleh buka minda sikit. Ulasan isu-isu semasa berkaitan dengan orang melayu. Ada yang aku setuju dan ada yang tak setuju. Kalau buku-buku pasal orang melayu, lebih cenderung meletakkan Cina dan India sebagai kelas ke 2. Padahal mereka juga orang Malaysia. Orang Melayu ketinggalan segala segi. Susah nak ulas benda ini.
Buku ke 2, baru nak baca. Ini satu-satunya buku Hasrizal Abdul Jamil yang aku beli dan akan dibaca. Terpikat bila majalah Anis, letak gambarnya kat muka depan. Ada artikel pasalnya. Bila dah baca. Timbul perasaan ingin tahu. Jadi dah pasang niat nak memiliki buku ini. Dari PBAKL lagi dah cari-cari. Tak terjumpa, tapi kali ini terdapat di MPH SACC Mall.

Dah baca, 3,4 muka surat kat opis tadi. Macam menarik. Insyaalah akan habiskan malam ini.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan