Jom Follow

Isnin, 21 Mei 2012

Anak Buah Kahwin: Dah Taja ke Belum?

Seperti yang kami dah maklumkan.
Kami ke Kuala Terengganu, pada jumaat lepas.
Kg Seberang Takir...
Anak buah aku, kahwin pada hari sabtu.
Seminggu sebelum cuti sekolah.
Tak nak bagi bersimbo dengan kenduri kahwin yang lain.
Cuti sekolah, musim orang kahwin.
Jadi jemputan terlalu banyak.

Sekitar majlis perkahwinan anak sedara aku.
Ini anak sedara aku; Khairul Anuar bin Abdul Aziz.

Majlis akad nikah; Ayah pengantin perempuan yang meyempurnakan majlis akad nikah. Sekali lafaz sahaja, telah sah Sakinah jadi isterinya.

Sedang baca lafaz taklik...
Pakaikan gelang pada isterinya; Sakinah bt Nankir@Abdul Rahim.

Khairul Anuar. Bertugas sebagai anggota polis di raja malaysia, kat KB.

Sakinah bt Nankir@ Abdul Rahim. Bertugas di IPK Kelantan. Bukan anggota polis..

CDM Kartini bergambar bersama abang aku, isteri dan anak-anaknya.

Abdul Azizi bin Mamat & Zaharah binti Kasim. Bagi anggota polis IPK KL,mungkin kenal wajah mereka berdua. Pernah berniaga kat belakang hotel swiss garden. Sebelum diroboh. Kini berniaga, tapi guna van sahaja.

Pasangan pengantin. Semoga kekal sehingga akhir hayat.

Pengantin bersama keluarga.

Aku pun kena ada. Inikan majlis bersejarah.

Sempat juga bergambar bersama...
Sedara dari kelate..
Ini baru majlis akad nikah.
Belum lagi majlis kendurinya.
Masa kenduri, aku dah malas nak pukul gambar.
Orang pun ramai, panas lagi, lapar pulak tu.
Melantak sakan, biarkan orang lain yang pukul gambar.

Majlis pihak lelaki pulak.
Hujung minggu ini.
26 mei 2012.
Buat kat Wangsa Maju.

1 ulasan:

  1. rugi tk g terengganu hr tu..nnt kita ambk gmbr bnyk2 kat wangsa maju la pulok

    BalasPadam

Powered By Blogger