Jom Follow

Jumaat, 18 Mei 2012

Kami Di KT; Melebar.

Perjalanan hari ini(jumaat). Dari Kuala Lumpur menuju Kuala Terengganu. Keluar dari Bukit Kinrara jam 6.45 pagi. Hantar Baby ke rumah CDM Roshila. CDM Zefry akan hantar Baby bersama dengan anak-anaknya ke sekolah. Nak hantar terus ke sekolah pun. Awal sangat lagi. Tak ada orang. Paling awal orang ada pun jam 7.25 am.

Dari Puchong Hartamas, terus bergerak menuju KT, melalui Serdang Lama, Sungai Besi dan MRR2 menuju ke Tol Gombak. Pagi-pagi, kereta agak banyak, orang nak masuk opis. Bergerak slow je. Tak boleh laju sangat. Singgah isi petrol kat Shell Gombak. Kasi penuh. Biar sampai KT terus. Tak payah nak isi-isi lagi. Selain isi petrol, belilah juga jajan. Biskut. Mengunyah ketika drive. Boleh tahan mengantuk.hi!hi!hi!

Masuk Tol Gombak, Tol Karak. Keluar di Tol Kuantan, lalu Jabor sampai ke Bukit Besi. Dari Bukit Besi masuk semula LPT. Dah buka dari Bukit Besi ke Kuala Terengganu. Hari ini baru buka. Aku lalu tadi hanya 20 minit dah boleh sampai KT. Syoknya. Wow! jimat masa.


Breakfast di R & R Temerloh. Sanggup tahan lapar, semata-mata nak melantak kat sini.

Kami singgah breakfast di R & R Temerloh. Kena nasi dengan gulai ikan pating tempoyak. Gulai ikan keli salai. Boleh tahan sedapnya. Harganya amat berpatutan.
Kat sini aku melantak. Pilih kedai ni, sebab mereka dah siap sedia dengan lauk pauk. Bukan lagi makanan breakfast.
Wow! Patin Buah. Memang sedap. Isinya pejal. Betul-betul patin buah ke tidak. Aku tak pasti. Harap-harap penjualnya tetap jujur.
Gulai keli salai pun sedap. Tengok gambar ni pun dah keluar air liur. hi!hi!hi!
Gambar ini paling aku suka. Sedang melantak nasi bersama lauk-lauk pilihan. Kena dengan selera. Tapi sebenarnya tadi belum betul-betul kenyang. Malu nak minta nasi tambah. Ramai sangat orang. Nanti orang cakap. Gergasi yang makan. Bukan orang. hi!hi!hi!

Buat apa datang KT? Anak buah kahwin. Esok pagi akad nikah. Tengahari kenduri. Anak sulung aku punya abang. Abang aku juga pagi tadi bertolak dari KL. Sekarang aku sedang berehat kat bilik. Tunggu masa yang sesuai nak keluar, cari makan. Lepas tu, hasrat hati nak jumpa dengan kawan-kawan. Harap ada yang sudi bertemu mata. Jangan takut, kami datang bukan nak ajak berniaga bersama kami. Jumpa sekadar minum-minum dan kukuhkan persahabatan yang sekian lama terjalin.

Singgah sekejap kat Masjid Hulu...?
Kadang-kadang, ada penyakit. Tak nak jumpa kawan. Takut diperangkap. Ajak buat MLM @ pelaburan. Bila kawan muncul tiba-tiba. Insyaalah kami tak buat gitu. Kalau jumpa sekali pun, memang kami cite pasal meniaga. Kawan pun cite pasal kerja mereka. Bertukar pengalaman. Apa salahnya. Sebab itulah kerja yang kami dah lama buat. Bukan nak ajak pun. Tapi kalau terpikat, terpulang pada diri sendiri.

KT dah berubah. Terutamanya sekitar Ladang. Dah tak ada lagi rumah-rumah kayu. Apa yang ada ialah bangunan-bangunan. Banyak juga hotel-hotel baru. Dulu KT susah nak dapat bilik kosong. Terutamanya musim cuti sekolah. Sekarang ni tak lagi kot. Tempat-tempat lain kami belum jelajah lagi.

Dulu-dulu kami selalu datang. Ada juga group yang aktif. Besar juga volume setiap bulan. Zaman tu, zaman jual satu-satu. Bila hujung-hujung, jual satu-satu tak berapa boleh jalan. Mereka tarik diri. Kami jual cash masa tu. Bila masuk mereka yang jual hutang, mereka sedikit bermasalah. Lagi parah, bila leadernya sambung belajar. Tinggal mereka terkapai-kapai. Kami pun semakin sibuk masa tu. Datang pun tak boleh bertumah lama dengan mereka. Lagi cepat mereka tidur. Itu dulu. Tak mustahil mereka bangkit semula. Dah ramai yang bisa bangkit kembali. Malah mereka bisa bangkit dengan boom lagi.

Boom KT. Satu bonus buat akademi. Mana tahu jumpa permata. Mana tahu jumpa yang gile-gile nak buat. Mana tahu nak jadi taiko kat sini. Boleh ubah pemikiran orang KT. Hidup sekarang belum selesa. Pendapatan selesa hari ini, belum tentu selesa juga untuk masa-masa akan datang. Mungkin hari ini RM5K sebulan dah amat selesa. Lima tahun akan datang RM5K dah sama macam RM2K sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger