Jom Follow

Khamis, 3 Mei 2012

Bicara Pagi Khamis.

Buat MLM tak lari dari menaja. Taja, taja dan terus menaja. Nak menaja pun, mesti buat appointment. Jumpa dan buat presentasi Marketing Plan.

Tak boleh berhenti menaja. Selagi mahu berada dalam kancah MLM. Menaja mesti, tak kira apa pangkat anda. Walaupun dah jadi CDM 10 tahun. Kerja menaja wajib diteruskan. Berapa ramai yang kita taja. Berapa % yang masih tinggal. 

Mungkin 10, kita taja. 3 dah out dalam masa 90 hari sahaja. 1 atau 2 sahaja yang tetap bersama lebih satu tahun. Oleh itu teruskan proses menaja.

Prospek masih ramai. Hari-hari ada orang menaja. Hari-hari ada orang sign up. Kita pun kena menaja. Kita pun buat sign up. Kita pun mesti jumpa prospek.

Menaja sehingga jadi ketagih. Tak menaja sehari, macam ada sesuatu yang tak kena. Tak menaja sehari, sakit kepala. Tak menaja, boleh demam. 

Menaja dan ditaja. Dua perkara berbeza. Menaja, tambahkan network kita. Ditaja, kita bergabung dengan network orang lain.

Menaja dan fokus serta istiqamah. Kejayaan pasti dalam gengaman. Buat berterusan. Tempuh halangan. Lepasi rintangan. Tekun berusaha. 

Ramai yang cabut. Ramai yang blah. Ramai yang tersungkur. Ramai yang huru-hara. Bila ramai tajaan cabut. Tinggal diri dan beberapa kerat rakan niaga. Masa memuncak, ramai masuk. Masa kering, ramai cabut. Tambah tajaan adalah ubat paling mujarab, hadapi kemarau. Bukan kemarau dulu baru nak menaja. Belum ada tanda-tanda kemarau, kita dah buat tajaan berganda-ganda. Bila dah muncul tanda-tanda kemarau, nak menaja pun susah. Dah jelas kemarau, lagi susah nak buat tajaan. Tapi tak mustahil boleh terus menaja. Kena kerja lebih keras. Kena lebih kreatif lagi.

Lebih parah lagi. Diri sendiri pun cabut. Tak tahan panas. Cari bayang baru, tumpang berteduh. Elak kulit-kulit merah padam. Bayang baru, menaja juga kerjanya selagi bayang tersebut bernama MLM.

Jom pagi ini. Jom hari ini. Kita teruskan kerja kita, iaitu menaja.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger